Wednesday, September 1, 2010

1/9

1hb 9. Birthday mak aku, aku beli hadiah utk mak pd ahad lepas, time aku jalan2 ngan si comel. Aku bagi mase b'sahur tadi hadiahnye, gaya aku tengok muke mak macam x suke je hadiah tu. Lantak ar, janji bagi tanda ingatan. Ahad itu hari tengok wayang citer Repo Man. B'baloi jgak ar tgk citer ni.. best gak layan orang belah orang ni. Si comel yg suggest.. geli geleman aku tengok orang bedah lutut ambik kepala lutut. Nasib baik x t'muntah. Fuhh semangat. Orang lemah semangat x bole tengok citer ni. Nak balik muadzam jap la.. b'buka kat umah lg best..

Monday, July 19, 2010

SMABI

Sudah hampir 4 bulan aku berada di sini, SMA Bukit Ibam, sebagai seorang GSTT setelah aku berhenti dari kontrak FS di SMKPD. Gembira bukan kepalang kerana dapat lari dari kerja yg aku tak minat. Ada akses internet di sini, cuma mase yg xde untuk aku menaip.. sebagai ruang aku menande checkpoint perjalanan hidup aku.. yg tidak aku ketahui bila akhirnya.. selama mana nyawa ini akan dipinjamkan.

Aku harap sangat aku dapat lama di sini. Aku dah bosan tukar2 kerja. Kjap sane, kjap sini. Tak aku nafikan aku dapat buat ramai kawan., tapi sampai bila beb. Tak tetap. Nak wat loan pun sangkut. Ekonomi tgh gawat. Bank pun cuak nak kasi lepas personal loan pada yg tak tetap ni. Kalau keje kompeni swasta pun blom tentu bole lepas. Orang keje government senang la. Kesian kat tunang aku tunggu lame. Ntah bila kami nak dapat bernikah. Kusut btol la camni. Ada pasangan pun kusut, tp klu xde pasangan, lagi kusut beb.

Ayah plak da x mampu bekerja. Kesan dari stroke tahun lepas, terus jadi OKU, hilang serba sedikit daya p'cakapan dan pendengaran. Duit umah bulan2 x tau nk bayar camne. Tapi mak dan ayah tengah usahakan untuk amik duit KWSP ayah. Tp itu hari result kate x lulus. Skang tgh wat rayuan. Nak amik duit sendiri pun susah.

Tapi dalam kekusutan yg melanda.. aku x bole lupe., aku still kene b'syukur pasal rezeki masih ade. Tak putus. Keje pun lebih baik berbanding sebelum ni. Layan ayat 1000 dinar.. mudah2an murah rezeki.

Wednesday, March 3, 2010

Kembali


Lama x masuk. Lupe password. Leceh jgak nak settlekan hal ni. Tp aku gagahkan jgak pasal aku sayangkan tulisan2 aku dlm ni. Lagi satu pasal minat. Xde orang bace pn xpe. X menjadi masalah bagi aku. Yg penting aku puas kerana ada ruang buat aku melepas..


Buat permulaan setelah sekian lama, aku bgtau ni dulu. Yg aku bukan lagi student. Sudah bekerja.. kontrak je. Sudah bertunang. Sudah ada anak saudara. Damn it. Betapa jauh bezanya aku semasa meninggalkan blog ini dulu.
Aku skang di SMK Perantau Damai.. bertugas sebagai Fasilitator Schoolnet. Kontrak setahun. Ya benar. Jauh dari bidang ape yg aku belajar di universiti dulu. Tapi aku semakin dapat memahami apa yg DIA cube sampaikan. Sedari kecil aku berasa ape yg t'jadi datang dari diri aku sendiri.. walhal ape yg aku capai selama ni tidak lain dan tidak bukan adalah rezeki dariNYA. Betapa jijik dan hina kita seandainya kita berasa segala yg kita punyai ini milik kita.. datang dari kegigihan & usaha keras yg tidak berbelah bahagi. KurniaanNYA itu sebenarnya jauh lebih dari apa yg kita usahakan. Kekadang aku terasa malu dgn diri sendiri yg seringkali mengeluh dgn ujian yg terlalu halus jika dibandingkan dgn ujian para nabi dan sahabat. Betapa terasa kerdil dan seni. Pandanglah aku Ya Allah. Pandang aku dgn rahmatMU.
26 tahun ni. Angka yg xkan mungkin berundur. Keje x tetap lg. Mengeluh lagi.. cube aku sisipkan perlahan-lahan.. iman biarlah semakin kuat.. supaya dapat aku benar2 yakin yg rezeki itu pasti akan tiba.


Thursday, November 13, 2008

Dimensi 45m³

Berbaring menunggu lena,
Dari tilam kusam biru,
dan dari tingkap yg terbuka,
dari lampu yg terpadam, gelap mesra bersama sepi,
Aku melempar pandangan ke ruang hamparan yang amat luas,
Hamparan langit bersama sahabat-sahabat setianya,
Awan, bulan purnama dan butir-butir bintang,
Apabila awan bertukar wajah menjadi hujan yg mencurah bumi,
hanya bulan purnama yg kelihatan,
yg kekal di situ,
dan apabila awan telah tiada,
perlahan-lahan butir-butir bintang muncul kembali,
menemani bulan purnama,
dan awan pun sampai lagi,
dan mereka bertiga berhimpun kembali..

Langit menjadi ruang mereka berkumpul,
Ruang mereka berdiskusi,
Ruang mereka mencari serasi,
Bilik ini juga sama dan mirip dari segenap sisi,
Sebagai satu lagi dimensi,
Satu partikel kecil dari keseluruhan isi,
yg menjadi teman berkongsi,
bagai kapal, nakhoda dan kelasi,
Dari segala rasa yg pernah melintasi,
dari setiap perhentian fikir dan emosi,
dari setiap perhentian bas dan teksi,
menempuh setiap halangan nyata dan juga ilusi..

Simpang-simpang menuju destinasi,
sebuah graduasi,
Lima tahun menjadi saksi,
Ketika-ketika percaya sedang mencari paksi,
Apakah bahagia mampu dikongsi,
dalam dunia yg semakin kabur toleransi,
dalam dunia yg penghuninya berhati besi,
Layakkah aku memasang fantasi,
atau angan-angan itu sudah lama basi,
ditelan gergasi hipokrasi.

Wednesday, October 29, 2008

Keretapi Tanah Melayu

Makan nasi lemak sambal sotong bersama telur mata kerbau.. dilapik pula dengan daun pisang.. dipadankan dengan teh tarik. Makan sambil tengok permandangan perpekstif rel keretapi yg menjalar bumi. Sayup, saujana mata memandang. Riak-riak panas sang mentari semakin memancar. Semak samun dan belukar di tepian stesen sama subur dengan pokok-pokok pisang yg tumbuh meliar. Embun mulai lenyap di udara.. diganti dengan asap dan debu kenderaan yg mulai memenuhi ruang jalan. Selesai makan, sebatang rokok Dunhill dinyalakan. Perut rasa mantap. Alhamdulillah. Akibat puas hati, kerusi aku disentap laju ke belakang. Aku mahu segera ke stesen bas di seberang jalan.. tidak mahu terlepas bas pulang ke kampung.

"PeLePap!!!"

Aku pantas menoleh ke belakang dan berdiri. Aku lihat ada bungkusan plastik teh susu yg telah terbaring pecah di lantai. Orang-orang di situ yg kebetulan menunggu keretapi di situ terlopong. Terpinga-pinga memandang aku dan lelaki itu.
Aku perhati lelaki itu atas bawah. Rambutnya panjang mengurai dan misainya tebal dan kusut. Rambut lelaki itu juga berpasir dan berhabuk. Kakinya togel tidak bersarung. Seluar hitam slacknya berbulu-bulu dan singkat akibat koyak menampakkan kepala lututnya yg hitam berkematu. Warna asas putih baju pagodanya sudah jadi perang.. seperang warna kulitnya.. juga ada lubang-lubang. Wajahnya berdaki. Bibirnya pecah dan kelihatan garis-garis luka. Matanya kuyu dan sayu memandangku. Badannya kurus kering. AIDS barangkali..telahan kasarku di dalam hati.

"Saya mintak maaf bang. Saya belikan yg baru ye.."
Cepat-cepat 'order' bungkusan baru untuk lelaki itu. Sedang airnya disiapkan, lelaki itu lantas berpaling dan berlalu tanpa mengeluarkan sepatah kata. Dia berjalan longlai dan perlahan meninggalkan kedai makan.. mengiringi laluan tepi tapak kaki lima stesen keretapi itu, menuju ke stesyen minyak Petronas seberang jalan satu lagi. Siap teh dibungkus, aku berjalan laju mengejar lelaki itu.

"Bang, ni saya gantikan air abang yg tumpah tadi. Maaf ye bang. Saya tak sengaja"

Lelaki itu menoleh. "Mintak rokok sebatang.."
Rokok aku cuma tinggal sebatang dalam kotak. Aku hulurkan kotak rokok dan bungkusan teh tanpa was-was dan dengan penuh rasa ikhlas. Orang sekeliling hanya menjeling sinis.

Lelaki itu kembali menapak meninggalkan aku. Tidak kutanya ke mana arah destinasinya. Syurga barangkali. Aku tidak tahu lelaki itu marah atau tidak. Dan aku juga tidak mahu bertanya pasal itu.
Aku anggapkan semuanya selesai. Aku segera ke kedai semula untuk membayar. Tauke kedai itu tekun mengadap surat khabarnya sambil menyebut perlahan "makan apa tadi...". Dari jauh aku lihat lelaki serabai tadi hilang di celah-celah bangunan kedai.

"Yg tadi tu.. orang gila ke pakcik?" Tanya aku sambil hulur tapak tangan untuk ambil baki wang.

"Bukan orang sini.. baru lagi ada. Mata-mata la tu agaknya.." Jawab tauke kedai.

Aku segera ke stesen bas di seberang jalan. Sambil kaki ku hayunkan, benakku tidak dapat lepas dari mengenangkan kesahihan kata-kata tauke kedai itu. Sekiranya benar, aku cuba pula meletakkan diriku ke dalam situasi lelaki itu. Dan aku cuba pula menggapai kebarangkalian-kebarangkalian lain yg ada. Sel-sel dan saraf-saraf otakku ligat bekerja. Sekilas dahiku berkerut dan berpeluh.

Dunia ini kelihatan lebih luas jika dipandang dari sudut kehidupan setiap makhluk yg mendiaminya. Yg jelas cuma, hidup ini kompleks. Dunia ini juga kompleks. Cuma kompleks itu dipermudahkan dengan kepercayaan. Sains semata-mata tidak mampu menghuraikan kompleks kehidupan dan dunia. Dengan segala ilmu sekali pun tidak dapat menghuraikan segala. Sebagai contoh : manusia akan gila mengenangkan asal-usul kejadian manusia. Sehingga ada yg percaya manusia ini asalnya dari monyet. Tetapi dengan kepercayaan, segalanya menjadi mudah. Manusia itu dicipta Allah dari tanah. Dimulai dengan Adam dan Hawa. Dan dari situ semua episod kehidupan manusia di dunia bermula.

Bas yg aku nantikan telah sampai. Ngam-ngam. Cun sangat. Terbaik!! Tak sempat aku nak beli rokok. Nanti-nanti kan boleh beli.. lagi pun, kan baru je lepas hisap tadi.. sesi memujuk diri. Selangkah kakiku menapak ke dalam bas, sejurus aku teringat pada tiket bas yg aku selitkan pada kotak rokok Dunhill 14 yg tinggal sebatang tu. Aduhhh...

Sunday, October 19, 2008

Bahana Dingin


"Joe.. bangun Joe.. Perut aku sakit sangat ni.. Teman aku pergi tandas"
Aduhh.. potong stim betul la. Siapa pulalah yg kejam sangat ni.. main tarik-tarik bantal.. ketika aku sedang tersenyum lirik, terhanyut dibuai mimpi bersama Kate Winslet yg cantik, di tengah-tengah lautan Antartik, di atas sebuah kapal megah bernama Titanic.


Dalam samar-samar cahaya bulan purnama yg agak terang malam itu dan dengan dingin embun yg sedikit berhembus, aku cuba mengecam suara dan membuka mataku perlahan-lahan. Aku tidak dapat mengagak langsung yg jam menunjukkan pukul berapa ketika itu. Yg aku tahu, waktu itu aku masih belum puas berselubung. Dan yg paling aku pasti, bukan Kate Winslet yg membangunkan aku. Mana mungkin Kate Winslet bersuara garau. Bantalku ditarik-tarik lagi. Kali ini lebih agresif.

"Ye..ye.. aku bangun ni.." Aku menyahut sambil mengalihkan selimut yg membalut tubuh. Aku lihat si Zani ni dah siap-siap bertuala sambil memegang baldi besar bersama gayung seraya menggigil-gigil menepuk-nepuk bahagian perutnya. Dari situ aku dapat agak yg ini bukan kes main-main, ini kes kecemasan yg memerlukan tindakan paling segera.

"Jom-jom!" Gesaku seraya pantas menyarung selipar dan mengekorinya ke tandas. Semua orang aku perhatikan sedang mengerekot kesejukan dan lena diulit intan. Hanya satu lampu menyala di koridor dan bahagian-bahagian yg lain semuanya gelap. Kami terpaksa ke tandas tingkat paling bawah kerana tandas tingkat atas susah nak ada air. Zani berjalan seakan-akan berlari. Hampir-hampir aku tersadung di tangga ketika menurutinya. Zani masuk tandas paling hujung. Aku pergi tunggu di sebelah hujung tandas satu lagi. Bilik warden pun aku lihat masih gelap tadi. Pukul berapa la agaknya ni..

Mataku terkebil-kebil menahan rasa mengantuk yg semakin memberatkan kelopak mataku. Aku tidak sanggup lagi menahan seksa sedemikian. Di tengah-tengah pekat malam macam ni, aduhh ai. Mengapa aku yg dipilih..?? Mengapa bukan orang lain..?? Empuk tilam dan bantal yg baru ku nikmati sebentar tadi masih belum hilang, terbayang-bayang, masih kuat terasa. Aku menyangkung dan bersandar pada dinding tandas. Kepalaku yg terasa berat ini aku letakkan pada tiang pintu kayu tandas paling hujung. Suasana gelap dan sunyi. Mataku kubiarkan tertutup. Lama agaknya si Zani ni. Dengan mata yg aku pejamkan, aku cuba mencari dan menyelongkar semula jalan cerita mimpiku tadi. Kepingin rasanya aku kembali bertemu dengan si cantik dara manis yg menhiasi ruang mimpiku sebentar tadi.. oohh Kate Winslet. Sekali-sekala terdengar bunyi mangkuk tandas dijirus-jirus dan bunyi paip air bergegar-gegar apabila kepala pilinya dibuka. Aku andaikan bunyi-bunyi itu semua datang dari kapal yg bakal mempertemukan kembali aku dengan si jelita Kate Winslet.

"Joe!!" Zani memanggil. Risau ditinggalkan.
"Ermmm.." Aku sambut perlahan. Aku tak mahu fokusku lari.
______________________________________________________________

Keesokan harinya.
"Apsal kau tak kejut aku??"
"Mane perasan kau tido kat hujung tu.. gelap je. Aku ingat kau dah balik.. Aku panggil-panggil takde sape nyahut pon.. Aku blah la cepat-cepat"

Celake punye Zani.

Tuesday, October 14, 2008

Pengisian Raya 2008


Hari raya kali ini sama seperti hari raya pada 7-8 tahun sebelum ini. Sama bosan. Sama memenatkan. Sama sedih. Sedih pada Ramadhan yg berlalu. Sedih mengenangkan dosa. Sedih mengingatkan mereka yg telah tiada.

Saban tahun, aku semakin tidak mahu pulang ke kampung. Aku pulang ke kampung hanya untuk bertemu datuk dan nenek. Tidak lebih dari itu. Mereka orang tua yg seharusnya diraikan. Kerana aku tahu, sekiranya umur aku panjang, aku juga akan melalui perkara yg sama sebagaimana apa yg mereka tempuhi sekarang. Mereka keseorangan. Menghabiskan sisa-sisa hidup. Anak-anak yg dibesarkan mereka tidak lagi bersama. Jerih payah mencari makanan, menyediakan tempat tinggal, pakaian, persekolahan juga perkahwinan untuk anak-anak telah pun menjadi sejarah yg tak mungkin terulang. Cuma kesinambungannya pula yg bersambung-sambung kerana sekarang, mak dan ayah aku pula yg sedang pening dan kusut untuk mengahwinkan anak. Emak dan ayah kita pula yg sedang melalui apa yg telah datuk dan nenek kita tempuhi satu masa dulu. Jasa datuk dan nenek tidak mungkin dapat mak dan ayah balas kesemuanya. Sama seperti kita, kita juga tidak mampu untuk membalas segala jasa kedua emak dan ayah kita. Sama juga kepada anak-anak kita.. juga kepada cucu-cucu kita daripada anak-anaknya.

Sabda Rasulullah bermaksud:
Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.


Dan aku melihat emak dan ayahku sebagai anak yg baik kepada datuk dan nenekku. Dan dari situ aku selalu berdoa dan berharap untuk menjadi seperti itu juga. Dan sekiranya dikurniakan Tuhan zuriat bagiku, aku juga berharap agar mereka juga termasuk dalam golongan-golongan mereka yg berakal.