Sunday, October 19, 2008

Bahana Dingin


"Joe.. bangun Joe.. Perut aku sakit sangat ni.. Teman aku pergi tandas"
Aduhh.. potong stim betul la. Siapa pulalah yg kejam sangat ni.. main tarik-tarik bantal.. ketika aku sedang tersenyum lirik, terhanyut dibuai mimpi bersama Kate Winslet yg cantik, di tengah-tengah lautan Antartik, di atas sebuah kapal megah bernama Titanic.


Dalam samar-samar cahaya bulan purnama yg agak terang malam itu dan dengan dingin embun yg sedikit berhembus, aku cuba mengecam suara dan membuka mataku perlahan-lahan. Aku tidak dapat mengagak langsung yg jam menunjukkan pukul berapa ketika itu. Yg aku tahu, waktu itu aku masih belum puas berselubung. Dan yg paling aku pasti, bukan Kate Winslet yg membangunkan aku. Mana mungkin Kate Winslet bersuara garau. Bantalku ditarik-tarik lagi. Kali ini lebih agresif.

"Ye..ye.. aku bangun ni.." Aku menyahut sambil mengalihkan selimut yg membalut tubuh. Aku lihat si Zani ni dah siap-siap bertuala sambil memegang baldi besar bersama gayung seraya menggigil-gigil menepuk-nepuk bahagian perutnya. Dari situ aku dapat agak yg ini bukan kes main-main, ini kes kecemasan yg memerlukan tindakan paling segera.

"Jom-jom!" Gesaku seraya pantas menyarung selipar dan mengekorinya ke tandas. Semua orang aku perhatikan sedang mengerekot kesejukan dan lena diulit intan. Hanya satu lampu menyala di koridor dan bahagian-bahagian yg lain semuanya gelap. Kami terpaksa ke tandas tingkat paling bawah kerana tandas tingkat atas susah nak ada air. Zani berjalan seakan-akan berlari. Hampir-hampir aku tersadung di tangga ketika menurutinya. Zani masuk tandas paling hujung. Aku pergi tunggu di sebelah hujung tandas satu lagi. Bilik warden pun aku lihat masih gelap tadi. Pukul berapa la agaknya ni..

Mataku terkebil-kebil menahan rasa mengantuk yg semakin memberatkan kelopak mataku. Aku tidak sanggup lagi menahan seksa sedemikian. Di tengah-tengah pekat malam macam ni, aduhh ai. Mengapa aku yg dipilih..?? Mengapa bukan orang lain..?? Empuk tilam dan bantal yg baru ku nikmati sebentar tadi masih belum hilang, terbayang-bayang, masih kuat terasa. Aku menyangkung dan bersandar pada dinding tandas. Kepalaku yg terasa berat ini aku letakkan pada tiang pintu kayu tandas paling hujung. Suasana gelap dan sunyi. Mataku kubiarkan tertutup. Lama agaknya si Zani ni. Dengan mata yg aku pejamkan, aku cuba mencari dan menyelongkar semula jalan cerita mimpiku tadi. Kepingin rasanya aku kembali bertemu dengan si cantik dara manis yg menhiasi ruang mimpiku sebentar tadi.. oohh Kate Winslet. Sekali-sekala terdengar bunyi mangkuk tandas dijirus-jirus dan bunyi paip air bergegar-gegar apabila kepala pilinya dibuka. Aku andaikan bunyi-bunyi itu semua datang dari kapal yg bakal mempertemukan kembali aku dengan si jelita Kate Winslet.

"Joe!!" Zani memanggil. Risau ditinggalkan.
"Ermmm.." Aku sambut perlahan. Aku tak mahu fokusku lari.
______________________________________________________________

Keesokan harinya.
"Apsal kau tak kejut aku??"
"Mane perasan kau tido kat hujung tu.. gelap je. Aku ingat kau dah balik.. Aku panggil-panggil takde sape nyahut pon.. Aku blah la cepat-cepat"

Celake punye Zani.

4 comments:

Amar Amir said...

Zani mana ni joe?kes teman pegi tandas ni memang kerap berlaku.selalu orang ajak teman gua buat keras je tido.

kelamkelubi said...

kate winslet na da dara..

joe_oo7 said...

hakam izani.. aok kenal ke? budak kelantan, sempadan siam, rantau panjang.. tp pas form 3 die blah pasal x tahan kena kutuk kedekut..

Anonymous said...

eh igtkna gal je nak kena teman2 ni..