Wednesday, October 29, 2008

Keretapi Tanah Melayu

Makan nasi lemak sambal sotong bersama telur mata kerbau.. dilapik pula dengan daun pisang.. dipadankan dengan teh tarik. Makan sambil tengok permandangan perpekstif rel keretapi yg menjalar bumi. Sayup, saujana mata memandang. Riak-riak panas sang mentari semakin memancar. Semak samun dan belukar di tepian stesen sama subur dengan pokok-pokok pisang yg tumbuh meliar. Embun mulai lenyap di udara.. diganti dengan asap dan debu kenderaan yg mulai memenuhi ruang jalan. Selesai makan, sebatang rokok Dunhill dinyalakan. Perut rasa mantap. Alhamdulillah. Akibat puas hati, kerusi aku disentap laju ke belakang. Aku mahu segera ke stesen bas di seberang jalan.. tidak mahu terlepas bas pulang ke kampung.

"PeLePap!!!"

Aku pantas menoleh ke belakang dan berdiri. Aku lihat ada bungkusan plastik teh susu yg telah terbaring pecah di lantai. Orang-orang di situ yg kebetulan menunggu keretapi di situ terlopong. Terpinga-pinga memandang aku dan lelaki itu.
Aku perhati lelaki itu atas bawah. Rambutnya panjang mengurai dan misainya tebal dan kusut. Rambut lelaki itu juga berpasir dan berhabuk. Kakinya togel tidak bersarung. Seluar hitam slacknya berbulu-bulu dan singkat akibat koyak menampakkan kepala lututnya yg hitam berkematu. Warna asas putih baju pagodanya sudah jadi perang.. seperang warna kulitnya.. juga ada lubang-lubang. Wajahnya berdaki. Bibirnya pecah dan kelihatan garis-garis luka. Matanya kuyu dan sayu memandangku. Badannya kurus kering. AIDS barangkali..telahan kasarku di dalam hati.

"Saya mintak maaf bang. Saya belikan yg baru ye.."
Cepat-cepat 'order' bungkusan baru untuk lelaki itu. Sedang airnya disiapkan, lelaki itu lantas berpaling dan berlalu tanpa mengeluarkan sepatah kata. Dia berjalan longlai dan perlahan meninggalkan kedai makan.. mengiringi laluan tepi tapak kaki lima stesen keretapi itu, menuju ke stesyen minyak Petronas seberang jalan satu lagi. Siap teh dibungkus, aku berjalan laju mengejar lelaki itu.

"Bang, ni saya gantikan air abang yg tumpah tadi. Maaf ye bang. Saya tak sengaja"

Lelaki itu menoleh. "Mintak rokok sebatang.."
Rokok aku cuma tinggal sebatang dalam kotak. Aku hulurkan kotak rokok dan bungkusan teh tanpa was-was dan dengan penuh rasa ikhlas. Orang sekeliling hanya menjeling sinis.

Lelaki itu kembali menapak meninggalkan aku. Tidak kutanya ke mana arah destinasinya. Syurga barangkali. Aku tidak tahu lelaki itu marah atau tidak. Dan aku juga tidak mahu bertanya pasal itu.
Aku anggapkan semuanya selesai. Aku segera ke kedai semula untuk membayar. Tauke kedai itu tekun mengadap surat khabarnya sambil menyebut perlahan "makan apa tadi...". Dari jauh aku lihat lelaki serabai tadi hilang di celah-celah bangunan kedai.

"Yg tadi tu.. orang gila ke pakcik?" Tanya aku sambil hulur tapak tangan untuk ambil baki wang.

"Bukan orang sini.. baru lagi ada. Mata-mata la tu agaknya.." Jawab tauke kedai.

Aku segera ke stesen bas di seberang jalan. Sambil kaki ku hayunkan, benakku tidak dapat lepas dari mengenangkan kesahihan kata-kata tauke kedai itu. Sekiranya benar, aku cuba pula meletakkan diriku ke dalam situasi lelaki itu. Dan aku cuba pula menggapai kebarangkalian-kebarangkalian lain yg ada. Sel-sel dan saraf-saraf otakku ligat bekerja. Sekilas dahiku berkerut dan berpeluh.

Dunia ini kelihatan lebih luas jika dipandang dari sudut kehidupan setiap makhluk yg mendiaminya. Yg jelas cuma, hidup ini kompleks. Dunia ini juga kompleks. Cuma kompleks itu dipermudahkan dengan kepercayaan. Sains semata-mata tidak mampu menghuraikan kompleks kehidupan dan dunia. Dengan segala ilmu sekali pun tidak dapat menghuraikan segala. Sebagai contoh : manusia akan gila mengenangkan asal-usul kejadian manusia. Sehingga ada yg percaya manusia ini asalnya dari monyet. Tetapi dengan kepercayaan, segalanya menjadi mudah. Manusia itu dicipta Allah dari tanah. Dimulai dengan Adam dan Hawa. Dan dari situ semua episod kehidupan manusia di dunia bermula.

Bas yg aku nantikan telah sampai. Ngam-ngam. Cun sangat. Terbaik!! Tak sempat aku nak beli rokok. Nanti-nanti kan boleh beli.. lagi pun, kan baru je lepas hisap tadi.. sesi memujuk diri. Selangkah kakiku menapak ke dalam bas, sejurus aku teringat pada tiket bas yg aku selitkan pada kotak rokok Dunhill 14 yg tinggal sebatang tu. Aduhhh...

4 comments:

kelamkelubi said...
This comment has been removed by the author.
kelamkelubi said...

moral of da story:

1. jgn x pandang

belakang..pandang..

2. tq for not smoking..klu x smoke

owg gila aka mata2 tu x pau

rokok ang..

3. jgn mencelah atau

menyelit..selit2 ni

bahaya..simpan toi2 tiket

tu..seluk xpa..sedap..=P

zizou said...

wei, rasa nya gua dah post 1, lu padam ker...
yang penting org tu bukan org ,dier hantu

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل