Berbaring menunggu lena, Dari tilam kusam biru, dan dari tingkap yg terbuka, dari lampu yg terpadam, gelap mesra bersama sepi, Aku melempar pandangan ke ruang hamparan yang amat luas, Hamparan langit bersama sahabat-sahabat setianya, Awan, bulan purnama dan butir-butir bintang, Apabila awan bertukar wajah menjadi hujan yg mencurah bumi, hanya bulan purnama yg kelihatan, yg kekal di situ, dan apabila awan telah tiada, perlahan-lahan butir-butir bintang muncul kembali, menemani bulan purnama, dan awan pun sampai lagi, dan mereka bertiga berhimpun kembali..
Langit menjadi ruang mereka berkumpul, Ruang mereka berdiskusi, Ruang mereka mencari serasi, Bilik ini juga sama dan mirip dari segenap sisi, Sebagai satu lagi dimensi, Satu partikel kecil dari keseluruhan isi, yg menjadi teman berkongsi, bagai kapal, nakhoda dan kelasi, Dari segala rasa yg pernah melintasi, dari setiap perhentian fikir dan emosi, dari setiap perhentian bas dan teksi, menempuh setiap halangan nyata dan juga ilusi..
Simpang-simpang menuju destinasi, sebuah graduasi, Lima tahun menjadi saksi, Ketika-ketika percaya sedang mencari paksi, Apakah bahagia mampu dikongsi, dalam dunia yg semakin kabur toleransi, dalam dunia yg penghuninya berhati besi, Layakkah aku memasang fantasi, atau angan-angan itu sudah lama basi, ditelan gergasi hipokrasi.
Makan nasi lemak sambal sotong bersama telur mata kerbau.. dilapik pula dengan daun pisang.. dipadankan dengan teh tarik. Makan sambil tengok permandangan perpekstif rel keretapi yg menjalar bumi. Sayup, saujana mata memandang. Riak-riak panas sang mentari semakin memancar. Semak samun dan belukar di tepian stesen sama subur dengan pokok-pokok pisang yg tumbuh meliar. Embun mulai lenyap di udara.. diganti dengan asap dan debu kenderaan yg mulai memenuhi ruang jalan. Selesai makan, sebatang rokok Dunhill dinyalakan. Perut rasa mantap. Alhamdulillah. Akibat puas hati, kerusi aku disentap laju ke belakang. Aku mahu segera ke stesen bas di seberang jalan.. tidak mahu terlepas bas pulang ke kampung.
"PeLePap!!!"
Aku pantas menoleh ke belakang dan berdiri. Aku lihat ada bungkusan plastik teh susu yg telah terbaring pecah di lantai. Orang-orang di situ yg kebetulan menunggu keretapi di situ terlopong. Terpinga-pinga memandang aku dan lelaki itu. Aku perhati lelaki itu atas bawah. Rambutnya panjang mengurai dan misainya tebal dan kusut. Rambut lelaki itu juga berpasir dan berhabuk. Kakinya togel tidak bersarung. Seluar hitam slacknya berbulu-bulu dan singkat akibat koyak menampakkan kepala lututnya yg hitam berkematu. Warna asas putih baju pagodanya sudah jadi perang.. seperang warna kulitnya.. juga ada lubang-lubang. Wajahnya berdaki. Bibirnya pecah dan kelihatan garis-garis luka. Matanya kuyu dan sayu memandangku. Badannya kurus kering. AIDS barangkali..telahan kasarku di dalam hati.
"Saya mintak maaf bang. Saya belikan yg baru ye.." Cepat-cepat 'order' bungkusan baru untuk lelaki itu. Sedang airnya disiapkan, lelaki itu lantas berpaling dan berlalu tanpa mengeluarkan sepatah kata. Dia berjalan longlai dan perlahan meninggalkan kedai makan.. mengiringi laluan tepi tapak kaki lima stesen keretapi itu, menuju ke stesyen minyak Petronas seberang jalan satu lagi. Siap teh dibungkus, aku berjalan laju mengejar lelaki itu.
"Bang, ni saya gantikan air abang yg tumpah tadi. Maaf ye bang. Saya tak sengaja"
Lelaki itu menoleh. "Mintak rokok sebatang.." Rokok aku cuma tinggal sebatang dalam kotak. Aku hulurkan kotak rokok dan bungkusan teh tanpa was-was dan dengan penuh rasa ikhlas. Orang sekeliling hanya menjeling sinis.
Lelaki itu kembali menapak meninggalkan aku. Tidak kutanya ke mana arah destinasinya. Syurga barangkali. Aku tidak tahu lelaki itu marah atau tidak. Dan aku juga tidak mahu bertanya pasal itu. Aku anggapkan semuanya selesai. Aku segera ke kedai semula untuk membayar. Tauke kedai itu tekun mengadap surat khabarnya sambil menyebut perlahan "makan apa tadi...". Dari jauh aku lihat lelaki serabai tadi hilang di celah-celah bangunan kedai.
"Yg tadi tu.. orang gila ke pakcik?" Tanya aku sambil hulur tapak tangan untuk ambil baki wang.
"Bukan orang sini.. baru lagi ada. Mata-mata la tu agaknya.." Jawab tauke kedai.
Aku segera ke stesen bas di seberang jalan. Sambil kaki ku hayunkan, benakku tidak dapat lepas dari mengenangkan kesahihan kata-kata tauke kedai itu. Sekiranya benar, aku cuba pula meletakkan diriku ke dalam situasi lelaki itu. Dan aku cuba pula menggapai kebarangkalian-kebarangkalian lain yg ada. Sel-sel dan saraf-saraf otakku ligat bekerja. Sekilas dahiku berkerut dan berpeluh.
Dunia ini kelihatan lebih luas jika dipandang dari sudut kehidupan setiap makhluk yg mendiaminya. Yg jelas cuma, hidup ini kompleks. Dunia ini juga kompleks. Cuma kompleks itu dipermudahkan dengan kepercayaan. Sains semata-mata tidak mampu menghuraikan kompleks kehidupan dan dunia. Dengan segala ilmu sekali pun tidak dapat menghuraikan segala. Sebagai contoh : manusia akan gila mengenangkan asal-usul kejadian manusia. Sehingga ada yg percaya manusia ini asalnya dari monyet. Tetapi dengan kepercayaan, segalanya menjadi mudah. Manusia itu dicipta Allah dari tanah. Dimulai dengan Adam dan Hawa. Dan dari situ semua episod kehidupan manusia di dunia bermula.
Bas yg aku nantikan telah sampai. Ngam-ngam. Cun sangat. Terbaik!! Tak sempat aku nak beli rokok. Nanti-nanti kan boleh beli.. lagi pun, kan baru je lepas hisap tadi.. sesi memujuk diri. Selangkah kakiku menapak ke dalam bas, sejurus aku teringat pada tiket bas yg aku selitkan pada kotak rokok Dunhill 14 yg tinggal sebatang tu. Aduhhh...
"Joe.. bangun Joe.. Perut aku sakit sangat ni.. Teman aku pergi tandas" Aduhh.. potong stim betul la. Siapa pulalah yg kejam sangat ni.. main tarik-tarik bantal.. ketika aku sedang tersenyum lirik, terhanyut dibuai mimpi bersama Kate Winslet yg cantik, di tengah-tengah lautan Antartik, di atas sebuah kapal megah bernama Titanic. Dalam samar-samar cahaya bulan purnama yg agak terang malam itu dan dengan dingin embun yg sedikit berhembus, aku cuba mengecam suara dan membuka mataku perlahan-lahan. Aku tidak dapat mengagak langsung yg jam menunjukkan pukul berapa ketika itu. Yg aku tahu, waktu itu aku masih belum puas berselubung. Dan yg paling aku pasti, bukan Kate Winslet yg membangunkan aku. Mana mungkin Kate Winslet bersuara garau. Bantalku ditarik-tarik lagi. Kali ini lebih agresif.
"Ye..ye.. aku bangun ni.." Aku menyahut sambil mengalihkan selimut yg membalut tubuh. Aku lihat si Zani ni dah siap-siap bertuala sambil memegang baldi besar bersama gayung seraya menggigil-gigil menepuk-nepuk bahagian perutnya. Dari situ aku dapat agak yg ini bukan kes main-main, ini kes kecemasan yg memerlukan tindakan paling segera.
"Jom-jom!" Gesaku seraya pantas menyarung selipar dan mengekorinya ke tandas. Semua orang aku perhatikan sedang mengerekot kesejukan dan lena diulit intan. Hanya satu lampu menyala di koridor dan bahagian-bahagian yg lain semuanya gelap. Kami terpaksa ke tandas tingkat paling bawah kerana tandas tingkat atas susah nak ada air. Zani berjalan seakan-akan berlari. Hampir-hampir aku tersadung di tangga ketika menurutinya. Zani masuk tandas paling hujung. Aku pergi tunggu di sebelah hujung tandas satu lagi. Bilik warden pun aku lihat masih gelap tadi. Pukul berapa la agaknya ni..
Mataku terkebil-kebil menahan rasa mengantuk yg semakin memberatkan kelopak mataku. Aku tidak sanggup lagi menahan seksa sedemikian. Di tengah-tengah pekat malam macam ni, aduhh ai. Mengapa aku yg dipilih..?? Mengapa bukan orang lain..?? Empuk tilam dan bantal yg baru ku nikmati sebentar tadi masih belum hilang, terbayang-bayang, masih kuat terasa. Aku menyangkung dan bersandar pada dinding tandas. Kepalaku yg terasa berat ini aku letakkan pada tiang pintu kayu tandas paling hujung. Suasana gelap dan sunyi. Mataku kubiarkan tertutup. Lama agaknya si Zani ni. Dengan mata yg aku pejamkan, aku cuba mencari dan menyelongkar semula jalan cerita mimpiku tadi. Kepingin rasanya aku kembali bertemu dengan si cantik dara manis yg menhiasi ruang mimpiku sebentar tadi.. oohh Kate Winslet. Sekali-sekala terdengar bunyi mangkuk tandas dijirus-jirus dan bunyi paip air bergegar-gegar apabila kepala pilinya dibuka. Aku andaikan bunyi-bunyi itu semua datang dari kapal yg bakal mempertemukan kembali aku dengan si jelita Kate Winslet.
"Joe!!" Zani memanggil. Risau ditinggalkan. "Ermmm.." Aku sambut perlahan. Aku tak mahu fokusku lari. ______________________________________________________________
Keesokan harinya. "Apsal kau tak kejut aku??" "Mane perasan kau tido kat hujung tu.. gelap je. Aku ingat kau dah balik.. Aku panggil-panggil takde sape nyahut pon.. Aku blah la cepat-cepat"
Hari raya kali ini sama seperti hari raya pada 7-8 tahun sebelum ini. Sama bosan. Sama memenatkan. Sama sedih. Sedih pada Ramadhan yg berlalu. Sedih mengenangkan dosa. Sedih mengingatkan mereka yg telah tiada.
Saban tahun, aku semakin tidak mahu pulang ke kampung. Aku pulang ke kampung hanya untuk bertemu datuk dan nenek. Tidak lebih dari itu. Mereka orang tua yg seharusnya diraikan. Kerana aku tahu, sekiranya umur aku panjang, aku juga akan melalui perkara yg sama sebagaimana apa yg mereka tempuhi sekarang. Mereka keseorangan. Menghabiskan sisa-sisa hidup. Anak-anak yg dibesarkan mereka tidak lagi bersama. Jerih payah mencari makanan, menyediakan tempat tinggal, pakaian, persekolahan juga perkahwinan untuk anak-anak telah pun menjadi sejarah yg tak mungkin terulang. Cuma kesinambungannya pula yg bersambung-sambung kerana sekarang, mak dan ayah aku pula yg sedang pening dan kusut untuk mengahwinkan anak. Emak dan ayah kita pula yg sedang melalui apa yg telah datuk dan nenek kita tempuhi satu masa dulu. Jasa datuk dan nenek tidak mungkin dapat mak dan ayah balas kesemuanya. Sama seperti kita, kita juga tidak mampu untuk membalas segala jasa kedua emak dan ayah kita. Sama juga kepada anak-anak kita.. juga kepada cucu-cucu kita daripada anak-anaknya.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Dan aku melihat emak dan ayahku sebagai anak yg baik kepada datuk dan nenekku. Dan dari situ aku selalu berdoa dan berharap untuk menjadi seperti itu juga. Dan sekiranya dikurniakan Tuhan zuriat bagiku, aku juga berharap agar mereka juga termasuk dalam golongan-golongan mereka yg berakal.
Alarm handsetku berdengit lagu dangdut. Dangdut bukanlah genre musik yg aku minat sangat tapi lagu tu paling kuat bunyinya berbanding lagu2 lain yg terhimpun dalam koleksi lagu2 dalam handsetku. Dengan kadar segera aku mematikan bunyi pd handsetku yg semakin mengganggu. Bukan deringan itu yg mengejutkan aku sebenarnya, tetapi ketiakku yg telah basah inilah yg telah memberikan seribu satu ketidakselesaan pd jiwa yg meronta yg menyebabkan aku tidak dapat lagi meneruskan lena. Kipas yg telah aku setkan pada kelajuan maksima, yg telah aku halakan tepat pd badan, tidak lagi mampu menangkis bahang hangat yg perit lagi memeritkan lantaran matahari yg telah menegak tinggi dan lapisan ozon yg sudah tidak lagi setebal dulu. Keseluruhan tubuh badanku, ku rasakan melekit-lekit. Mata ini masih lagi belum cukup segar. Mata ini masih mahu lelap, masih mahu tertutup, tetapi apakan daya..suasana yg tidak mengizinkan itu seakan-akan sepasang tangan yg menggoncang susuk ini lantas menguatkan semangatku untuk bangun dan beralih dari tilam nipis itu. Arrggghhh.. global warming. Aku lalu bingkas bangun mencapai tuala untuk mandi dan bersiap-siap ke kelas.
Tak sampai 5 minit lepas mandi, badanku dah mulai berpeluh semula. Simptom ape ni.. petanda baik atau tidak. Aku pilih baju yg paling nipis itu hari demi penyesuaian situasi. Botol deodorant yg semakin ringan aku semburkan berkali-kali pada ketiakku demi aspek keselamatan dan keselesaan orang ramai. Seluar jean yg aku jemur di tepi tingkap bilik, aku sarungkan cepat2 dan dengan cepat juga aku tanggalkan semula kerana kepanasan. Aku tak perlukan telur separuh masak pada masa ni. Kesudahannya aku keluarkan semula seluar jean yg aku cadang nak basuh semalam dari dalam bakul tepi katil. Rambut hitam ikal mayang pendek aku ini aku sisirkan kemas2 dengan sikat rongak atas almari. Aku bergaya 1-2 minit depan cermin untuk sesi menambah keyakinan diri. Perghh.. sekali imbas macam ejen FBI. Perasantan. Beg biru yg aku beli 5 tahun lepas aku sambar dari dinding. Aku melangkah cergas keluar dari bilik sambil mendepang dada yg padat dengan cita2 yg sayup menggunung.
Keluar2 saja pintu rumah, mataku mengecil. Huishh.. panasnya malaysia. Entah macam mana pula dengan orang2 di arab saudi, afrika, sahara dan negeri2 timur tengah yg lain. Tak pasal2 jadi prihatin. Masuk2 kereta pula rasa macam masuk oven. Sejenak terfikir, ini baru panas dunia. Dan dari perkataan oven itu juga aku teringat kuih tat nenas emak di kampung. Alamak ai.. syoknye dapat layan kuih tat nenas emak sambil baring berseluar pendek depan tv atas sofa di hari raya. Pergghhh.. syurga dunia. Aku buka tingkap kereta luas2 demi pengudaraan yg lebih jitu, sihat dan semulajadi. Aku tak mau pasang penyaman udara. Aku tak mau lapisan ozon bumiku ini terus-terusan dinipiskan CFC. Cehh.. padahal nak jimat minyak. Dahi aku pun sudah mulai dibasah keringat.
Kesemua 4 lampu trafik yg terpaksa aku lalui untuk ke kelas berwarna merah. Kes2 seperti ini memang sengaja membangkitkan amarah. Ditambah dengan alur tekakku yg terasa begitu kesat sekali. Menyesal aku minum segelas je air masa sahur tadi. Tapi bukan salah aku. Restoran pagi tadi tu yg masak lambat sangat. Habis makan aku mintak satu cawan lagi air suam tapi dia bagi air mendidih. Melecur bibir seksi aku. Nak aje aku carutkan pelayan tu tapi mengenangkan bulan baik hari baik ni, aku bersabar. Aku tunggu air tu sejuk, tapi tak sempat air tu menjadi suam, bilal dah azan. P**imak!!!! Termencarut juga aku selepas lama bertahan.
Satu kelas je hari ni. Lagi pun aku bertolak awal. Jadi, tiada terburu-buru. Rileks joe.. rilekss.. sabar. Sabar itu sebahagian dari iman. Lagi2 bulan Ramadhan ni. Pahalanya berlipat kali ganda kalau kau redha, ikhlas dan sabar. Tetiba je ade sesi motivasi kepada diri sendiri. Sesi pengukuhan iman. Sesi sedar diri ini kerdil.
Sampai2 kolej, parking lot penuh. Aku 'terpaksa rela' parking lebih sekilometer dari bangunan. Aku tengok jam kat tangan. Cun. Ngam2. Setiap langkahku tersusun kemas dan bergaya walaupun kakiku melecet kerana tak memakai stokin. Jarang betul aku tiba awal ke kelas. Bibirku tak lekang dari senyum. Bangga benar rasanya. Terasa seperti akulah calon pelajar yg paling tepat untuk dijadikan contoh pd pelajar2 lain untuk semester ini. Sejuk perut emak aku mengandung mengenangkan anaknya yg menghargai dan bijak mengatur masa. Peristiwa 2 tahun sekali ni. 5 minit awal. Aku yg normal dan waras ialah 15 minit lewat. Sampai pensyarah pun dah cop muka aku. Muka datang lewat tapi hensem. p/s: Perkataan hijau tu aku tokok.
Kelas tingkat 3. Lif rosak. 'Yuran pengajian naik' dan 'lif ke kelas rosak'. Cuba kita sama2 ambil sedikit masa untuk fikirkan sejenak, apakah hubungkait antara kedua-dua perkara berbangkit ini? Apakah jenis relativiti antara kedua-dua isu ini?? Kawan ketat atau musuhkarib???
Mahu tidak mahu, aku wajib naik tangga kerana tidak ada kemudahan lain yg disediakan seperti tali atau pun roket pelancar. Ianya kurang menjadi masalah pada aku yg mempunyai kadar kecergasan purata. Tetapi aku berasa kasihan dan simpati pada mereka2 yg menghampiri obesiti kronik. Juga pada mereka2 yg sudah berusia seperti pensyarah-pensyarah, profesor-profesor dan mereka2 yg tua sebelum masanya. Aku lihat mereka termengah-mengah mendaki dan menyusun tapak bersama beban buku2 dan komputer riba. Perghhh.. mesti banyak pahala mereka2 ini. Menuntut ilmu itu bukankah satu ibadat.
Sampai2 depan kelas.. aku perhati ada kertas putih dilekatkan pd pintu..
Dari kisah yg tertera di atas, ingin saya berkongsi bersama teman2..
Makna ayat-ayat Surah Al-Asr :
(1) Demi masa
(2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
(3) kecuali pd orang-orang yg beriman dan beramal soleh dan yg berpesan-pesan
kepada kebenaran dan kesabaran.
Hati yg dulu sepi. Kini sudah ada yg menghiasi. Hati yg satu masa dulu sendiri. Sudah ada yg mengiringi. Hati yg dulu kering dan kontang. Kini kembali disirami. Dunia yg dahulunya kosong. Kembali didiami. Subur dan mesra. Bagai kiambang di pinggir kali. Warna ungunya berseri bila dibasah embun pagi. Owhh my darling.. i'm so glad i found you. Alhamdulillah.
Dia lambang erti pada kasih sejati yg pernah kufikirkan telah pupus ditelan hipokrasi.
Menatap indah senyum di wajahnya. Lidah ku kelu seribu bahasa. Kerana hanya di situ dapat aku lihat dan dapat aku fahami sepenuhnya telus niat nurani ikhlas, hati yg jujur.. menyayangiku.
Biar di mana aku berada. Engkau terus kekal hidup dalam jiwaku. Sebagai semangat yg terus menopangku. Di kala aku tidak mampu berdiri. Sebagai pendamping penunjuk jalan. Di kala mataku buta dan kabur dengan fatamorgana mainan duniawi.
Allahu Ya Rabbi. Tempat kutanamkan benih-benih doa dan mimpi. Semoga wanita ini sentiasa di sisi. Mengiringiku melewati. Setiap titi menuju Ilahi.
Rasa geram aku m'buak2. Rasa nak kutanamkan saja hidup2 kucing2 yg berkeliaran depan umah aku ni. Betol2 x makan saman. Mentang2 la depan umah aku ni berpasir.. diorang ingat halaman umah aku ni tandas??!!
Pagi2 keluar umah nak pegi keje. Dengan nak kejar masenye lagi, x pasal2 plak aku nak kena luangkan mase untuk membersihkan tapak 'safety but' aku yg dah tercalit sisa buangan kucing. Taik kucing punye kucing!! Argghhhh.. bau xnak wangi plak tu.. Masuk2 keje je bibir dah muncung.. Bikin hati panas jek.. Sejuk berkabus pagi itu sikit pon x mendinginkan hati aku.
Sampai2 kilang tengok 'punch card' aku dah ade orang 'punch'kan.. Hati aku sejuk 10%. Masuk2 kantin, menu kuih cara. Korang tau x kuih cara ni? Kuih yg biasenye warna hijau, lapik dua dan dalamnye ade air gula. Bile kunyah je, air gulanye mercik dalam mulut. Perghh.. terbaek!!! Xde cakap banyak, aku ambil 5 bijik terus. Feveret punye pasal. Hatiku menyejuk lagi 10%.
Tengok muke Si Jande yg buat kueh ni, yg ala2 Preity Zinta tu, senyum2 kat aku, hati aku mendingin lagi 10%. Budak2 kilang ni semua 'pana' ngan aku pasal janda ni layan aku sorang jek. Dengan budak2 lain, jgn harap die nak senyum.. pandang pon tak. Budak2 ni semua die 'bo' layan.. Pasal die tau, aku xde pasang niat ape2 kat die. Aku ikhlas. Ikhlas taik kucing. Budak2 lain siap mintak no. talipon, die tak bagi. Dengan aku, die yg nak bg.. aku xnak. X kuase nak layan. Awek aku sorang kat Muadzam tu pon aku x terlayan. Tetibe terase cam hensem plak diri ini. Kah kah kah!! Up lagi 12%.
Habis sarap, aku terus nak gerak turun masuk kilang, Bob hulur sebatang. Eh2, macam tau2 je aku xde rokok. Hati aku sejuk lagi 10%. Paru2 ku rosak lagi 0.0002%.
Sampai2 bawah, Bang Kamal baru nak masukkan fibre dalam boiler. 'Firing'. Sebelum start proses.
"Karang nak bukak 'main stop valve', bole la ko ikut Abg Lan.. Ko kate semalam nak tangkap gambar kan.." Bang Kamal tegur aku sambil memberi isyarat mintak aku skopkan fibre kat 'fluid elevator' kat sebelah 'kernel plant'.
Biasanye nyekop fibre ni akan makan masa dlm sejam. Kadang2 bole cecah 3-4 jam. Bergantung pd kelancaran stesen press yg membekalkan bahan api dan juga kawalan angin dalam 'furnace'. Nak naikkan pressure dalam boiler sampai 100psi. Ikut syarat JKKP, sepatutnye 50psi dah kene bukak 'main stop valve'. Lepaskan steam ke Back Pressure Receiver sebagai stor steam kering, untuk keselamatan. Tapi nak buat macam mane. Perkara2 mekanikal ni, kadang-kala nak kene sesuaikan dengan amali dan situasi. Tak boleh teori semata-mata. Itu la lebihnye pada 'experience'. Pengalaman. So, engineer2 yg baru tu, jgn la nak sombong bodo plak. X salah kalau bertanye. Ini datang2 nak marah2. Maki hamun. Bodoh bengap baghal bahlul tuli semua keluar. Yg ko marah ni bukan budak2. Bapak2 orang. Maybe betol la ko orang atas, ko pandai, ko engineer. Tp ko kene ingat, pandai ko tu sape yg bagi. Rezeki Tuhan. Anytime Tuhan bole tarik balik. Cakap elok2 je. Lagi orang suke. Lagi orang respect.
Kalau 50psi dah bukak 'main stop valve', pressure akan mudah jatuh balik. Kilang masih belum bole start proses. Jadi bahan api dari stesen press xkan sampai lagi ke dalam 'furnace' sebab belum start proses. Jadi susah nak 'maintain' tekanan kat 50psi. Untuk kes kilang ni, model boiler TAKUMA dari Jepun ini tidak sepenuhnya automatik pengendaliannya. Cuma separa automatik. Automatik cuma pada kawalan air dalam 'steam drum' dan 'mud drum'. Elektric pump, itupon cume pd boiler nombor 3. Boiler no. 1 dan 2 tidak. Boiler 1 dan 2 pakai 'steam pump'. Dikendalikan secara manual setiap kali siren berbunyi. Kalau xnak bingit telinga, sentiasa la perhatikan 'water gauge glass' yg terletak di bahagian atas sebelah 'steam drum'. Silap gaya tengkuk boleh bengkak. Asyik dongak ke atas je. Siren akan berbunyi setiap kali air lebih 80% atau kurang dari 45% dlm drum. Boilerman sikit pon x bole lalai. Wajib sentiasa peka. Kerana sedikit kelalaian boleh membawa kerosakan yg besar pd bahagian dalaman boiler lazimnya tiub. Lebih parah lagi kalau 'steam basah' terlepas masuk pada turbine. Kipas turbine yg di'design' untuk 'steam kering' akan rosak. Harga pasaran sekarang untuk kipas turbine ialah RM120000 walhal duit 'maintenance' kilang yg diperuntukkan cuma RM30000 setahun. Untuk model kilang ni la. Paling parah ialah sekiranya berlaku kemalangan jiwa kerana pintu besi padu boiler yg setebal 4 inci itu pon akan melayang sekiranya satu saja tiub dalam boiler meletup. Kedatangan bahan api yg sering tidak menentu dari stesen press dan permintaan steam yg tinggi dari stesen 'sterilizer'(masak buah) juga akan menyebabkan seluruh sistem 'trip' sekiranya pressure boiler jatuh mendadak. Jadi boilerman akan sentiasa nak kena skop fibre lebihan proses sebelumnya. Penat tu tak jadi hal. Cume kami x mau buat kerja giler. Boleh patah pinggang dibuatnye. Driver Bobkat S220 kat stesen 'loading ramp' pon bole hangin pasal kejap2 kene panggil amik fibre ngan shell halus. Oleh kerana itu, 'main stop valve' dibuka pd ketika tekanan berada pada paras 100psi. Kami mahu semua orang senang hati. Mudah kerja untuk semua. Win win situation.
"Woi!!! Cukup!!!" Bang Kamal dah jerit menandakan yg pressure dah cun selepas 2 jam aku nyekop fibre.
Lepas tengok Abg Lan bukak 'main stop valve' kat atas boiler, aku pau rokok Abg Lan, bukak baju, pegi lepak tepi 'kernel plant'. Atas tangga, berangin skit. Fuhh.. nikmat sungguh rasanya bile badan peluh2 kene angin. Angin sepoi2 bahase pagi itu membawa pergi panas bara hatiku sebanyak 15%.
Lepas 'buang batu' pukul 12 sampai 1. Haus giler. Aku cepat2 naik atas ke kantin carik air. Sampai2 kantin aku terus mintak air jagung ngan air kosong.
"Macam biase.. susu nak lebih ye.." pintaku. Si janda senyum lagi. Hatiku sejuk lagi 10% di kala matahari tegak 90 darjah dengan bumi.
Tengah2 aku layan syahdu tengok si janda kacau air... dengan tibe2.. Aku perasan ade orang panggil aku.
"Dah 4hb ni, jap lagi bole la ko masuk pejabat, sain. Amik elaun ko. RM450 kan?" En. Zali kerani pejabat yg sedang hisap rokok kat meja belakang 'sound' aku.