Thursday, September 4, 2008
Berbuka di Surau
Lepas mentekedarah secara sopan dan bertatasusila, aku ngan budak2 ni cepat2 asingkan diri. Lepak kat tempat parking motor dan basikal. Hisap rokok yg baru naik harga selepas penguatkuasaan bajet 2009. Aku x salahkan sape2 atas hal ni. Aku cuma salahkan diri sendiri. Sape suh gatal2 start isap rokok mase form 2 dulu. Niatnya nak mencuba. Best plak rokok ni rupanya. Terus tersangkut sampai skang. Siot. Mak bapak hantar pegi sekolah suh cari ilmu.. lain ilmu yg aku cari. Nasib baik bukan ilmu hitam yg aku cari.
Abis rokok aku cepat2 amik air semayang pasal pak imam pon dah nak masuk rakaat kedua dah. Selipar jepun kaler biru aku tinggalkan kat tempat wuduk lelaki. Aku bergegas naik tangga pasal makmum2 baru saja "Aaaamiiinnnn.....". Raja dah pesan lepas maghrib terus gerak. Tak tunggu terawih.
Tengah sujud rakaat kedua, ade pakcik kat saf hadapan terbatuk sambil terkentut. 3 kali plak tu. Bunyinya macam nak tahan2 tapi tak berjaya. Aku cuba tahan gelak dan aku berjaya. Nasib baik. Celake btol.. Aku jamin kalau sorang je gelak, jemaah2 lain pon confirm banyak yg goyang. Silap2 satu surau semayang balik.
Abis solat aku perhati Raja dah xde. Dia dah tunggu kat motor. Hampeh.. blom sempat pak imam bace doa lg. "Doa sendiri2 je kot.." aku meramal. Dengan pantas aku mengangkat punggung dan bergerak pantas mendapatkan Raja. Aku lihat ade sorang pakcik yang baru nak start semayang kat bahagian belakang surau. Mukanya masih basah dengan wuduk. Dia menggosok-gosokkan perutnya sebelum tegak mengadap kiblat untuk takbiratul-ikhram.
X pasal2 aku tersenyum. Mungkin pakcik inilah yg telah mengganggu khusyuk aku sebentar tadi.
Sampai depan pintu umah, Raja tegur. "Joe.. apsal selipar ko dah bertukar kaler?"
"Selipar aku dah xde kat tempat amik air semayang tu.. aku sauk je ar ape yg ade.. Xpe.. esok aku tukar la balik kalau ade.." Aku menjawab seraya yakin x bersalah.
Wednesday, September 3, 2008
Waktu itu..
Waktu terasa semakin pantas berlalu. Waktu seketika dulu yg pernah kita semua kongsi bersama. Waktu itu yg tidak mungkin akan datang kembali. Waktu ini mencampur-adukkan segala jenis perasaan. Teringat waktu kita sama-sama melalui zaman kanak-kanak. Waktu suka dan waktu duka. Waktu ganjil dan waktu pelik. Waktu sepi dan ketika mesra. Waktu mewah dan semasa azab.
Hidup dalam kenangan bukanlah sesuatu yg sihat tetapi kenangan dan sejarah memperlihatkan kita batas sempadan serta iktibar. Supaya setiap langkah yg diambil tidak diarak bersama kesilapan yg serupa.
Masing-masing sudah beransur-ansur melakukan penghijrahan. Penghijrahan yg tidak dapat dielak selagi normal kerana masa tidak berhenti sekali pon lampu merah. Beransur-ansur dalam erti penilaian individu.
Aduh kawan-kawan.. terima kasih.
Tuesday, September 2, 2008
Bibik
Itu hari aku & gang pegi Terengganu. Kat Besut. Panjat Gunung Tebu. Dari Bangi malam, aku gilir2 bawa kereta ngan Bibik. Memang sengaja aku nak naik kereta ngan dia. Dia banyak membebel, xde la aku ngantok sgt. Sampai Besut pagi, kami sarapan nasi dagang. Kat Lata Belatan, parking kereta, lapor diri kat pos guide bawah tu. Baca doa, kitorang 10 orang memulakan pendakian. On the way nak start pendakian, kami lalu kawasan rekreasi tu, bersih dan sangat terjaga.
Ration(bekalan makanan) kami kali ni x banyak. Simple2 je. Aku packing2 beg aku sampai separuh penuh, barang dah abis. So aku satukan beg ngan Shah. Aku fikir naik aku bawak, turun die bawak. Aku tak kisah sgt. Nasib baik jgak aku ngan Shah wat camtu, sebab masa tracking, Dila x larat tp kjap je, Shah tolong bawakan beg die. Masing2 dah lama tinggal aktiviti pendakian ni. Separuh pendakian, Bibik plak injured peha. Tp x kisah la, kami pon xde ape nak dikejarkan. Pelan2 je, janji sampai.
Kami dah banyak kali pegi xpdc sama2. Terutama Pacat, Din, Shah, Ajib ngan Bibik. Sorang je perempuan, Bibik. Halus je orangnye. Tengok sekali imbas memang tak nampak. Wahkahkah.. Tapi fit giler. Tahap fit die ni, masa xpdc Korbu Gayung suatu masa dulu, dia sorang je perempuan group kami yg sampai sorang2 kat puncak. Meninggalkan kami yg lain 4-5 jam di belakang. Die bole layan shoot sorang2 dalam hutan. Ganjil pd perkiraan aku, bg seorang perempuan.
1 lg yg aku suke gi xpdc dgn Bibik ni adalah kerana masakannye sedap. Kat atas puncak gunung pon, aku rase cam mkn kat kedai mamak. Klu gi mane2 xpdc tanpe die, rase kehilangan yg lain macam, rase sunyi. Pasal die bole membebel sepanjang masa. 24jam sehari, 7 hari seminggu. Bercakap tanpe henti meskipon mende yg langsung tidak perlu disebut malah tidak harus disebut pon disebutnya berulang kali. X m’bebel pon die akan menyanyi. Bagi yg x biase, telinga boleh keluar darah. Rimas. Mungkin pasal tu la masakannye sedap kot, m’bebel sambil m’goreng, tersembur segala jenis perisa tambahan. Tapi tu la Bibik. Sentiasa ceria. Wat lawak bodo. Kalau lawan bertekak dgn die, confirm xleh nak menang. Sekalipon die salah, die akan pusing balik cerita tu sampai kite bole jd salah. Tinggi level bebel die, bukan sebarangan orang bole tahan. Aku ade calon suami paling cocok buat die, orang pekak.
Tapi dlm pd die camtu. Die ni sgt penyayang orangnya. Concern. Masa on the way ke mari, aku tau die ngantok giler tp die x tido pasal nak temankan aku drive. Aku dah lama kenal die tp aku x penah dengar satu cerita yg dah lama aku nak dengar dr die, tp x berani nak tanye. Yg aku dengar, die ni dulu pernah sakit teruk. 50/50 chance utk terus hidup. Itu je yg aku tau. Aku tunggu die sendiri yg buka cerita. Cerita yg lebih terperinci.
Cerita Seram
Jalan kecil itu gelap. Muat2 je untuk satu kereta. Hanya kereta kami yang melalui kawasan itu. Kiri kanan adalah hutan tebal. Kami sedang keluar dari sebuah kawasan rekreasi mandi manda. Kami sampai lewat petang tadi di situ. Segala persiapan barbeque telah pun siap kami bawa. Jadi mahu tak mahu, kami perlu memasaknya kerana adalah suatu pembaziran sekiranya kami terus balik selepas bermandi-manda. Kami lambat sampai di situ kerana hal nak mengumpulkan teman2. Sorang dari Gombak, sorang dari Shah Alam, sorang dari Bangi, sorang dari Keramat. Oleh sebab itu kami keluar dari kawasan itu malam. Pada waktu malam, kawasan rekreasi tersebut memang ‘horror’ dan mengundang takut2 berani. Pokok2 besar di sekeliling seakan-akan tak selesa dengan kehadiran kami. Daun2nya berdesir kuat serta melambai-lambai seperti tangan yg menghalau kami apabila ditiup dingin angin malam. Mereka seakan-akan sedang merenung tajam ke arah kami. Gelap gelita. Macam2 bunyi pelik keluar dari hutan. Kami yg elok2 dari tadi ketawa2 terus masing2 mempercepatkan proses mengemas dan mahu segera keluar dari tempat tu.
Jalan keluar ke jalan besar mengambil masa lebih kurang 40 minit kerana jalannya yg kecil dan berlubang-lubang. Masing2 senyap sahaja selepas Fabog menceritakan insiden dia terlihat kelibat putih di seberang sungai ketika kami sibuk mentekedarah makanan. Tingkap kereta kami biarkan terbuka kerana kebanyakkan kami sedang merokok. Sedang kami menghabiskan sisa2 rokok masing2, tiba2 kami dikejutkan dengan jeritan Fabog dan Apes yg duduk di ‘seat’ hadapan. Aku, Muha dan Mong yg duduk di kerusi belakang terperanjat beruk mendengar pekikan kuat yg bersifat serta-merta itu dari pasukan duet di tempat duduk hadapan. Rupa2nya jeritan mereka itu cuma datang dari sehelai daun besar yg jatuh di atas cermin kereta di hadapan Fabog yg ketika itu sedang bersungguh-sungguh memandu. Pantek btol, buang masa je. Badan masing2 macam ala2 keras je tp hampeh..
Itu bukan kisah yg ingin aku persembahkan sebenarnya. Cuma selingan palat. Sejurus selepas insiden daun, dengan tak semena-mena, keluar dari hutan seekor binatang yg tidak kami semua tahu spesisnya. Nasib baik bukan betul2 keluar depan kereta, kalau tidak aku pasti dua orang yg kat depan tu dah menjerit-jerit lagi. Binatang tu kecil je, seakan-akan anak monyet, tapi bukan monyet. Warna bulunya perang. Matanya bulat dan merah. Telinganya macam kucing. Bahagian mukanya cerah putih krimer. Mulut dan hidungnya halus. Binatang itu melintas lorong sempit itu dengan perlahan. Fabog memperlahankan kelajuan kereta lalu terus berhenti. Kami semua tercengang-cengang, tak faham dengan situasi. Kenapa perlu berhenti? Jauh lagi kot menatang tu..
“Wei korang.. aku nak korang semua buang rokok korang. Tutup tingkap cepat2. Aku rasa ada ‘something wrong’ la dengan binatang ni.. Ade yg tak kene.. Cepat tutup!” Fabog bersuara keras, jelas dan tegas.
Fabog yg bangang2 sengal ni jarang serius. Jadi bila dia serius, kami beranggapan yg situasi semasa itu sememangnya dalam keadaan yg teramat tegang. Kami cepat2 tutup tingkap dan dengan pantas Fabog ‘LOCK’ semua bahagian tingkap. Kami semua tak sempat tanya apa2 sebelum… "Frruuuuttt.." jubo Fabog bersuara.
“Pukimak Fabog! Pantek btol!! Bau taik! Busuk nak mampus!!” Serta-merta kereta itu penuh dan sarat dengan aroma longkang, telur tembelang dan lori sampah. Kami semua berebut-rebut nak bukak tingkap tapi tak boleh. Kami semua kelam-kabut keluar kereta bg mendapatkan udara segar. Segala kata carut yg terbuku dan terpendam sekian lama keluar pada masa tu. Binatang tadi dah hilang entah ke mana. Hanya Fabog yg tak keluar kereta dan ketawa sampai meleleh air mata.
Monday, September 1, 2008
Aku risau. Tuhan.. tolong.
Sejauh mana pon fikiran aku melayang. Aku tak mampu dapatkan tenang. Kadangkala melayang ke tempat yang tidak sepatutnya tetapi tetap aku layankan. Kerana aku khuatir realiti itu masih ada (kalau tidak besar pon)kemungkinan untuk wujud dalam apa yang aku terbayangkan. Imaginasi tidak sengaja.
Aku risaukan kesihatan ayah. Masa aku ada di sana saja sudah berapa kali dia ke hospital. Praktikal. Aku abang yang sulong dan aku masih belum bekerja. Tinggal satu semester. Aku risau tidak sempat. Tuhan tolong aku. Adik-adik di bawahku agak ramai. 8 orang. Hanya seorang yang sudah bekerja. Alhamdulillah tak lama lagi nak kahwin.
Semasa menemankan ayah di hospital, aku masih tak banyak bersembang dengannya. Semasa kecil aku tak pernah jemu bercerita dengan ayah. Aku suka lihat dia ketawa. Aku benar-benar tak sedar bila masanya aku semakin jauh dengan dia. Malah pernah satu ketika, aku benci padanya. Kerana membebankan sekeluarga dengan kerenahnya. Dan sekarang perasaan itu masih ada sisa bakinya. Aku masih degil. Aku mahu dia kenal motifku. Bukan aku mahu dia sesal. Cuma aku mahu dia tahu. Yang aku sayangkan keluarga aku yang dulu. Yang suatu masa dulu dicemburui. Aku mahu dia tebus. Jangan bebankan adik-adikku. Juga aku. Terutama emak yang terlalu aku cintakan. Cuma satu perkara aku sedar. Pemberontakan aku seringkali tak cocok dengan situasi. Tindakan yang menyulitkan kekusutan. Tidak membantu menjernih. Aku sedar tapi tak mampu lafazkan maaf. Maaf yang sesungguhnya. Ego. Aku takut tak sempat. Tuhan tolong. Aku cuma mahu dia tahu. Aku sayangkan dia. Walau macam mane pon, dia masih ayah aku. Yang bersusah payah membesarkan aku dan menjaga keluarga. Satu perkara aku mahu ayah tahu, aku bersusah payah memujuk emak dan adik-adik. Aku kira itu satu cara untuk aku tebus dan aku juga tahu itu masih belum cukup. Dialog yang masih belum dapat aku sediakan ruangnya. Mungkin aku belum sedia. Dan aku khuatir tak sempat. Tuhan tolong.
Mak
Malam ini sejuk. Hujan. Tidak seperti malam-malam kebiasaan. Aku barangkali demam atau pun terlalu lesu. Sekali lagi aku kembali ke Bangi dari Rompin. Duduk bersandar atas kerusi span yang selesa depan PC. Badan aku terasa sengal-sengal. Penat memandu. Alangkah indahnya andai badanku ini dapat diurut-urut dan dipicit-picit oleh sepasang tangan yang halus dan lembut. Entah bagaimana, benak aku melayang lagi. Dalam keadaan seperti ini, adalah teramat mudah untuk fikiran aku melayang. Lebih-lebih lagi lepas makan ubat. Akal aku tidak lagi bersama jasad. Fikiran aku masih di
Pulang cuti kali ini membawa satu lagi kesan lain pada aku. Sepanjang cuti kali ini, aku lebih banyak meluangkan masa bersama emak. Terlalu banyak yang telah dilalui wanita ini. Wanita yang aku sayang seluruhnya. Wanita yang tidak pernah aku ragui keikhlasannya. Dia segala-galanya. Wajah tabahnya yang bersih dan bercahaya, aku lihat semakin banyak garisnya. Mak sudah tidak secergas dulu lagi. Rambutnya semakin jarang. Cara mak memandang pun sudah lain. Pandangannya sudah semakin redup dan sayu. Wajah ketika menyambut aku pulang bercuti dan ketika melambai aku pulang belajar terlalu ketara kelihatan bezanya. Hal yang dari dulu berlaku, tetapi sekarang baru aku sedar adalah bila aku pulang bercuti, akulah yang menentukan menu makanan untuk setiap hari. Sarapan, tengah hari, petang, malam, dan tengah malam. Pagi-pagi lagi semasa dia kejutkan aku subuh, mak dah tanya nak sarapan apa. Dia akan bersungguh-sungguh menyediakannya.
Aku akur dengan jalan hidupku yang ditentukanNya. Daripada Tingkatan 1 aku telah dimasukkan ke asrama. Kemudian matrikulasi. Kemudian universiti. Kebanyakan masa aku dihabiskan di perantauan. Aku jarang dapat peluang luangkan masa dengan mak. Bapak mahu aku belajar. Belajar apa..? Berdikari barangkali. Supaya aku tidak menyusahkan dia satu hari nanti dan menolongnya pula. Jadi berguna.
Berguna pada siapa? Pengguna?
Emak sentiasa curi masanya untuk berborak dengan aku. Emak mahu tau anaknya itu sedang buat apa dan kisah aku di perantauan. Emak mahu tahu apa yang sedang berlegar-legar dalam perancangan masa depan aku. Emak juga bercerita pasal Angah yang pening pasal kenduri kahwinnya yang bakal diadakan hujung tahun ini. Pasal bakal besan Alang yang tidak tahu adat. Pasal Alang, cerita mak bakal besannya dulu ni kahwin di luar negara semasa mereka sama-sama belajar di luar negara dahulu. Terus nikah. Tiada merisik, tiada tunang. Jadi mereka telefon dan menyerahkan soal adat pada mak dan bapak aku. Pelik juga aku. Nenek dan datuknya tak ajar?
Emak juga bercerita tentang harapannya agar aku cepat tamat belajar, berkerja dan memperisterikan Shima. Kenapa emak asyik nak masuk bab tu je? Kadang-kadang aku naik rimas. Masih banyak perkara yang harus aku selesaikan dulu sebelum ke arah itu. Angan-angan aku, bila aku dah kerja nanti, mula-mula sekali aku nak target kereta idaman aku. Suzuki Swift. 6 speaker. Type R. Aku nak yang warna merah. Tak jauh pun angan-angan aku. Itu je. Tetapi bila difikir-fikirkan balik, itulah kegembiraan mak. Lagi pun kahwin pun bukanlah perkara yang tak elok. Menjauhi zina. Sunnah Nabi. Ibadat. Dapat pahala. Cuma aku rasa hal itu macam belum sesuai dibincangkan buat masa sekarang. Lagi pun kahwin banyak sangat pakai duit. Mati la aku. Lambat lagi kot. Entahlah, layankan je la. Mak aku seorang je. Tak ramai.
Emak bercerita pasal ular besar yang masuk menyorok ke dalam rimbunan daun-daun pandan di kebun belakang rumah. Emak bercerita pasal pokok-pokok pisang yang terlalu subur hingga menutup laluan longkang saluran air ke kebun. Emak bercerita pasal pokok besar di sebelah kebun yang tumbang dipanah petir dan menghempap pagar kebun. Emak bercerita pasal bapak yang semakin sibuk dengan syarikatnya yang baru nak menempa nama. Ke
Emak juga bercerita pasal ikan-ikan ‘guppy’nya. Emak bercerita cara-caranya menjaga air, makanan dan pembiakannya. Leceh juga rupanya. Anak-anak ikan yang baru keluar dari mulut ibunya harus cepat dialihkan ke bekas lain sebelum dimakan bapaknya. Airnya emak tukar 2 minggu sekali dengan air hujan. Kalau tak hujan, mak gunakan air paip biasa yang telah diperam seminggu. Aku tak faham sangat kenapa kena buat macam tu. Setiap kali balik cuti, aku lihat anak-anak ikan ini membesar dengan sungguh perlahan. Pandai mak kacukkan. Ekor ikan-ikan guppy yang besar dan berwarna-warni ini bergerak beralun-alun menurut ke mana tubuh ikan-ikan itu berenang pergi di dalam balang kaca bulat di ruang tamu rumah aku. Balang kaca di ruang tamu menempatkan ikan guppy yang telah dewasa dan berekor cantik. Baka induk dan yang masih belum matang emak tempatkan di dapur di dalam 2 bekas seramik berasingan.. lebih mudah membiak kata emak. Emak boleh luangkan masa yang lama melihat ikan-ikan itu berenang sampai aku pun terikut-ikut. Tenang betul rasanya melihat ikan-ikan itu berenang dalam balang kaca itu. Mak letak tumbuhan air dan jambatan seramik sederhana besar dalam balang kaca itu. Seakan-akan masuk ke dunia lain. Dunia yang mak sediakan untuk ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu berenang-renang tenang ke bawah jambatan dan kadang-kadang bermain-main mencari makanan di celah-celah batu-batu putih dan dahan-dahan tumbuhan hijau yang memanjang ke atas itu. Emak bercadang untuk mengalihkan balang kaca dan bekas seramik ini ke dalam biliknya semasa majlis walimah adik-adikku nanti. Takut dikacau budak-budak kecil yang nakal katanya.
Adik-adikku dah nak kahwin, tapi aku? Ini semester terakhir insya-Allah. Genap tahun ni aku dapat ijazah. Semoga semuanya berjalan lancar. Aaamin. Aku juga berangan nak belikan emak sebuah akuarium yang besar dan dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan akuatik yang unik dan cantik suatu hari nanti. Siap dengan pam dan 5 bekas penapisnya. Jadi mak dah tak perlu nak susah-susah selalu tukar air. Ikan-ikan emak akan berenang-renang gembira di dalam dunia yang lebih luas dan indah hiasannya. Aku nak emak tersenyum sampai telinga.
Pemanjat pagar
“ Joe.. bile korang nak fly?” mereka bertanya. “Tunggu line clear dulu. Korang semua sabar dulu okey..” aku jawab.
Dengan budak Form 3, RM1.00 upah sekotak. Form 4, RM0.50 dan Form 5, RM0.20 sekotak. Kalau untuk tapaukan makanan, upahnya RM0.50 per bungkus. Form 3-30% merokok, Form 4-60% dan Form 5-75%. Setiap Form secara purata ada seramai 140 orang. Secara matematik, kami akan dapat RM42.00 dari Form 3 dan Form 4. Dan RM21.00 dari Form 5. Kesemuanya berjumlah RM105.00. Itu cuma kalau seorang beli sekotak.
Aku hanya merangka untuk fly berdua. Nak untung lebih sikit gamaknya tapi tak boleh atas sebab order kali ini terlalu banyak. Cecah RM250.00 upahnya. Banyak yang beli 2-3 kotak sekaligus. Bayangkan lah berapa banyak barangnya. Rokok lagi, makanan lagi. Kalau 2 orang, tak menang tangan tu. Jadi aku ajak lagi satu orang. Tapi nak cari orang pada zaman darurat begini sedikit payah. Mereka takut.
Bukan hendak cerita yang aku ini tidak takut. Tetapi ada perkara lain yang lebih memanggil fokus aku. Upahnya. Perkara seperti ini jarang-jarang berlaku. Inilah yang kami semua panggil ‘darurat’. Misi kali ini mesti dibuat dengan penuh hati-hati. Untung upah dan risikonya sama besar. Kebelakangan ini, warden-warden ini semakin agresif membuat tangkapan. Mungkin sebab hendak naik pangkat. Mereka seperti berlumba-lumba sesama sendiri, siapa yang lebih banyak buat tangkapan.. seperti ada anugerah Warden of the Year. Mungkin juga mereka ingin mencipta legasi sendiri. Atau mungkin mereka terlalu sayangkan anak bangsa.. mereka tidak mahu bertanggungjawab kalau satu hari nanti, pelajar-pelajarnya menjadi orang yang tidak berguna atau perompak profesional. Dan mungkin mereka hanya suka-suka nak takut-takutkan pelajar. Itu Tuhan punya kerja untuk menilai keikhlasan mereka. Mata-mata cikgu pon banyak masa darurat (barua sekolah). Kami tau siapa mata-mata ni. Setiap kali dia hampir, kami akan tamatkan perbincangan dan bersurai.
Aku pakai seluar trek. Tunggu kat kolah wuduk kat surau belakang dengan Ah Cong. Azzim pergi telefon kedai. Minta kedai siapkan order. Asrama malam itu sudah gelap. Yang menyala cuma lampu malap kat depan satu dorm tengah di setiap tingkat. Di situ lah tempat biasa budak-budak ini akan main daun terup sementara menunggu order dari kami sampai. Mereka ramai tapi tak bising. Bising bakal mengundang bahaya. Warden dan isteri sedang tidur di tingkat bawah.
Azzim sampai saja kami terus bergerak ke pagar di belakang setor kayu. Sudah gelap. Lampu yang baru saja pihak sekolah gantikan di situ telah Ah Cong pecahkan. Pura-pura tersepak bola ke arah lampu itu masa nak menuju
Kami keluar pukul 12.00 tengah malam. Restoran yang kami biasa pergi ini memang hanya berniaga malam. Mereka juga menjual ikan bakar yang boleh dipilih ikannya di dalam akuarium di hadapan restoran itu. Pelanggan restoran ini kebanyakannya dari bas-bas dan lori-lori balak yang banyak melalui jalan raub-lipis ini. Pagar setinggi 3 meter itu kami panjat hati-hati kerana kawad durinya sudah semakin bertambah di bahagian atas. Kami mula dengan melalui tebing longkang belakang sekolah, longkang itu dalam dan sedikit berair. Lepas itu kami lalu belakang satu gudang kayu kecil yang menyimpan baja tahi ayam di dalam sebuah kampong, kawasan itu berpaya dan berlumpur, semak dan lalangnya lebih tinggi dari kami, bau yang datang dari gudang kayu itu pon kurang menyenangkan. Daun-daun lalang itu pon tajam-tajam dan menggatalkan. Tapi Alhamdulillah cahaya bulan yang terang malam itu banyak membantu kami. Halaman gudang kayu itu membawa kami ke lorong batu kerikil yang kiri-kanannya hutan sebelum betol-betol tiba di bahagian belakang sebuah taman perumahan kos sederhana.
Ini adalah bahagian yang paling aku kurang gemar. Menyeberang lorong-lorong taman yang berlampu jalan oren. Terlalu terdedah. Merbahaya. Yang menambah bahaya, kawasan ini banyak anjing liar berkeliaran. Anjing-anjing di sini ganjil. Suka mengejar orang. Awal-awal lagi aku dah standby sebatang kayu kat tangan. ‘Just in case’. Lagi bahaya kalau ada budak-budak taman tu melepak, confirm kena pau. Dah banyak budak-budak yang fly sebelum ni pernah kena pau. Habuk pon tak dapat. Dapat penat je. Sia-sia. Silap
Kami melajukan rentak hayunan kaki di kawasan taman itu. Selepas melepasi taman perumahan, kami melalui satu kawasan kebun buah-buahan yang akan straight membawa kami ke belakang restoran. Tauke restoran ini sudah tahu, kami akan makan dulu sebelum bawa pulang order. Kami makan kat belakang kedai. Sebelah tempat masak. Lebih selamat. Tempat masak restoran ini tersorok dari pandangan pelanggan. Kami kena sorok2 pasal cikgu-cikgu sekolah aku pon kadang-kadang ada makan kat sini malam-malam.
Habis makan kami check order, bayar dan terus cergas. Bawa 2 plastik besar berisi rokok dan makanan seorang satu . Bila sampai saja di lorong sempadan kebun dengan taman, kami nampak ada 3 ekor anjing sedang baring baik punya. Baru lepas baca doa tidur agaknya. Tengah susun mata. Siap menguap-nguap. Kat situ pulak anjing ni nak ‘landing’. Macam takde tempat lain. Jadi kami ambil keputusan untuk tunggu anjing2 tu betul2 nyenyak. Ingat nak halau tapi kami risau anjing2 ni akan buat bising dan menarik perhatian.
Kami tunggu dalam kebun itu sambil hisap rokok. Sedap betol hisap rokok lepas makan. Lagi pon kami dah lama tak hisap rokok betol2. Asyik hisap rokok satu batang berkongsi 10 orang. Berbaris dalam tandas setiap kali lepas makan di dewan makan. Dapat 1-2 pam je. Mana mungkin puas. Makanan yang baru kami makan tadi terasa seperti hadam perlahan-lahan. Makanan yang masih tersangkut di tekak terasa melurut ke bawah, ke ruang selesa. Perut rasa lega. Makanan sudah turun. Kalau tidak, perut akan terasa seperti memulas dan senak saja selagi asap rokok tidak disedut. Asap rokok itu kami hisap dalam-dalam. Sampai kepala naik pening dan sedap. Kami masing-masing tersenyum.
Selesai hisap rokok kami turun tebing bukit kebun buah-buahan itu lebih kurang 5 meter dari tempat anjing2 itu sedang lena diulit mimpi. Itu saje lah jalan keluarnya yang paling selamat. Kami tak mahu anjing2 ini terjaga. Dari gigi-giginya ternampak keluar lelehan air liur. Aku risau anjing2 itu ada penyakit. Kami turun perlahan-lahan dari tebing konkrit itu untuk melalui lorong2 taman. Aku dan Azzim turun dulu dan terus jalan laju2. Ah Cong ter’menjerit’ menyuruh kami tunggu. Dalam pada kami bergegas tu, dengan tak semena-mena aku lihat ada seekor anjing sudah pon melekat pada jubo Ah Cong. Entah bila masa anjing tu sedar, aku sendiri pon tak tau. Ah Cong tak menjerit langsung. Dia takut kantoi dengan orang taman. Yg dapat aku lihat cuma wajahnya yg umpama sedang disula kayu tajam yg berduri-duri. Aku dan Azzim berlari ke arah Ah Cong dan memukul-mukul anjing itu sekuat hati dengan kayu. Anjing itu rebah terkulai di atas tar, tidak sedarkan diri. Jubo Ah Chong berdarah. Tak sempat nak ambil nafas, sahabat-sahabat sejati anjing tadi tiba-tiba menyalak-nyalak dan berlari pantas ke arah kami bertiga. Kami lari lintang-pukang dengan barang2 order. Walau apa pon yg terjadi, barang order takkan kami tinggalkan. Dengan jubo yg berdarah, Ah Cong paling laju. Musykil juga aku.
Dalam sekejapan saja, kami dah sampai kat longkang. Ah Cong siap dah ada kat sebelah pagar. Dia terbang ke? Laju betul. Barang2 order tadi kami lemparkan aje ke dalam kawasan sekolah. Kami semua rasa macam berlari tak jejak tanah sebentar tadi. Melayang-layang. Anjing-anjing tadi dah hilang entah ke mana. Mungkin pancit. Takde ‘fitness’. Tak pon pergi hantar kawannya yg satu lagi tu ke hospital. Tak pon kami yg terlalu pantas. Celaka punya anjing, rasa nak pecah paru-paru aku meminta oksigen. Baru sekarang terasa penatnya. Aku lihat kaki Azzim dah takde selipar. Aku tanya mana selipar dia, dia bilang dia tak tau. Ganjil.
Barang2 order semua berjaya kami serahkan kepada semua pelanggan walaupon ada sesetengahnya yg dah tak sempurna keadaannya.. paham2 je la. Ah Cong tak pergi sekolah esoknya. Pergi klinik, dia kata pada warden dia jatuh kat tandas. Jubo Ah Cong berbalut. Parah gamaknya. Budak-budak ni bantai berdekah bila dah tau cerita sebenar. RM80.00 yg aku dapat aku buat beli kasut kulit hitam untuk ke sekolah. Kasut lama aku kiri-kanan dah ternganga. Bakinya aku buat beli alat-alat perkakas melukis untuk subjek Lukisan Kejuruteraan. Azzim beli walkman. Ah Cong beli ubat. Ah Cong takut kena ‘infection’. Bangang.