“ Joe.. bile korang nak fly?” mereka bertanya. “Tunggu line clear dulu. Korang semua sabar dulu okey..” aku jawab.
Dengan budak Form 3, RM1.00 upah sekotak. Form 4, RM0.50 dan Form 5, RM0.20 sekotak. Kalau untuk tapaukan makanan, upahnya RM0.50 per bungkus. Form 3-30% merokok, Form 4-60% dan Form 5-75%. Setiap Form secara purata ada seramai 140 orang. Secara matematik, kami akan dapat RM42.00 dari Form 3 dan Form 4. Dan RM21.00 dari Form 5. Kesemuanya berjumlah RM105.00. Itu cuma kalau seorang beli sekotak.
Aku hanya merangka untuk fly berdua. Nak untung lebih sikit gamaknya tapi tak boleh atas sebab order kali ini terlalu banyak. Cecah RM250.00 upahnya. Banyak yang beli 2-3 kotak sekaligus. Bayangkan lah berapa banyak barangnya. Rokok lagi, makanan lagi. Kalau 2 orang, tak menang tangan tu. Jadi aku ajak lagi satu orang. Tapi nak cari orang pada zaman darurat begini sedikit payah. Mereka takut.
Bukan hendak cerita yang aku ini tidak takut. Tetapi ada perkara lain yang lebih memanggil fokus aku. Upahnya. Perkara seperti ini jarang-jarang berlaku. Inilah yang kami semua panggil ‘darurat’. Misi kali ini mesti dibuat dengan penuh hati-hati. Untung upah dan risikonya sama besar. Kebelakangan ini, warden-warden ini semakin agresif membuat tangkapan. Mungkin sebab hendak naik pangkat. Mereka seperti berlumba-lumba sesama sendiri, siapa yang lebih banyak buat tangkapan.. seperti ada anugerah Warden of the Year. Mungkin juga mereka ingin mencipta legasi sendiri. Atau mungkin mereka terlalu sayangkan anak bangsa.. mereka tidak mahu bertanggungjawab kalau satu hari nanti, pelajar-pelajarnya menjadi orang yang tidak berguna atau perompak profesional. Dan mungkin mereka hanya suka-suka nak takut-takutkan pelajar. Itu Tuhan punya kerja untuk menilai keikhlasan mereka. Mata-mata cikgu pon banyak masa darurat (barua sekolah). Kami tau siapa mata-mata ni. Setiap kali dia hampir, kami akan tamatkan perbincangan dan bersurai.
Aku pakai seluar trek. Tunggu kat kolah wuduk kat surau belakang dengan Ah Cong. Azzim pergi telefon kedai. Minta kedai siapkan order. Asrama malam itu sudah gelap. Yang menyala cuma lampu malap kat depan satu dorm tengah di setiap tingkat. Di situ lah tempat biasa budak-budak ini akan main daun terup sementara menunggu order dari kami sampai. Mereka ramai tapi tak bising. Bising bakal mengundang bahaya. Warden dan isteri sedang tidur di tingkat bawah.
Azzim sampai saja kami terus bergerak ke pagar di belakang setor kayu. Sudah gelap. Lampu yang baru saja pihak sekolah gantikan di situ telah Ah Cong pecahkan. Pura-pura tersepak bola ke arah lampu itu masa nak menuju
Kami keluar pukul 12.00 tengah malam. Restoran yang kami biasa pergi ini memang hanya berniaga malam. Mereka juga menjual ikan bakar yang boleh dipilih ikannya di dalam akuarium di hadapan restoran itu. Pelanggan restoran ini kebanyakannya dari bas-bas dan lori-lori balak yang banyak melalui jalan raub-lipis ini. Pagar setinggi 3 meter itu kami panjat hati-hati kerana kawad durinya sudah semakin bertambah di bahagian atas. Kami mula dengan melalui tebing longkang belakang sekolah, longkang itu dalam dan sedikit berair. Lepas itu kami lalu belakang satu gudang kayu kecil yang menyimpan baja tahi ayam di dalam sebuah kampong, kawasan itu berpaya dan berlumpur, semak dan lalangnya lebih tinggi dari kami, bau yang datang dari gudang kayu itu pon kurang menyenangkan. Daun-daun lalang itu pon tajam-tajam dan menggatalkan. Tapi Alhamdulillah cahaya bulan yang terang malam itu banyak membantu kami. Halaman gudang kayu itu membawa kami ke lorong batu kerikil yang kiri-kanannya hutan sebelum betol-betol tiba di bahagian belakang sebuah taman perumahan kos sederhana.
Ini adalah bahagian yang paling aku kurang gemar. Menyeberang lorong-lorong taman yang berlampu jalan oren. Terlalu terdedah. Merbahaya. Yang menambah bahaya, kawasan ini banyak anjing liar berkeliaran. Anjing-anjing di sini ganjil. Suka mengejar orang. Awal-awal lagi aku dah standby sebatang kayu kat tangan. ‘Just in case’. Lagi bahaya kalau ada budak-budak taman tu melepak, confirm kena pau. Dah banyak budak-budak yang fly sebelum ni pernah kena pau. Habuk pon tak dapat. Dapat penat je. Sia-sia. Silap
Kami melajukan rentak hayunan kaki di kawasan taman itu. Selepas melepasi taman perumahan, kami melalui satu kawasan kebun buah-buahan yang akan straight membawa kami ke belakang restoran. Tauke restoran ini sudah tahu, kami akan makan dulu sebelum bawa pulang order. Kami makan kat belakang kedai. Sebelah tempat masak. Lebih selamat. Tempat masak restoran ini tersorok dari pandangan pelanggan. Kami kena sorok2 pasal cikgu-cikgu sekolah aku pon kadang-kadang ada makan kat sini malam-malam.
Habis makan kami check order, bayar dan terus cergas. Bawa 2 plastik besar berisi rokok dan makanan seorang satu . Bila sampai saja di lorong sempadan kebun dengan taman, kami nampak ada 3 ekor anjing sedang baring baik punya. Baru lepas baca doa tidur agaknya. Tengah susun mata. Siap menguap-nguap. Kat situ pulak anjing ni nak ‘landing’. Macam takde tempat lain. Jadi kami ambil keputusan untuk tunggu anjing2 tu betul2 nyenyak. Ingat nak halau tapi kami risau anjing2 ni akan buat bising dan menarik perhatian.
Kami tunggu dalam kebun itu sambil hisap rokok. Sedap betol hisap rokok lepas makan. Lagi pon kami dah lama tak hisap rokok betol2. Asyik hisap rokok satu batang berkongsi 10 orang. Berbaris dalam tandas setiap kali lepas makan di dewan makan. Dapat 1-2 pam je. Mana mungkin puas. Makanan yang baru kami makan tadi terasa seperti hadam perlahan-lahan. Makanan yang masih tersangkut di tekak terasa melurut ke bawah, ke ruang selesa. Perut rasa lega. Makanan sudah turun. Kalau tidak, perut akan terasa seperti memulas dan senak saja selagi asap rokok tidak disedut. Asap rokok itu kami hisap dalam-dalam. Sampai kepala naik pening dan sedap. Kami masing-masing tersenyum.
Selesai hisap rokok kami turun tebing bukit kebun buah-buahan itu lebih kurang 5 meter dari tempat anjing2 itu sedang lena diulit mimpi. Itu saje lah jalan keluarnya yang paling selamat. Kami tak mahu anjing2 ini terjaga. Dari gigi-giginya ternampak keluar lelehan air liur. Aku risau anjing2 itu ada penyakit. Kami turun perlahan-lahan dari tebing konkrit itu untuk melalui lorong2 taman. Aku dan Azzim turun dulu dan terus jalan laju2. Ah Cong ter’menjerit’ menyuruh kami tunggu. Dalam pada kami bergegas tu, dengan tak semena-mena aku lihat ada seekor anjing sudah pon melekat pada jubo Ah Cong. Entah bila masa anjing tu sedar, aku sendiri pon tak tau. Ah Cong tak menjerit langsung. Dia takut kantoi dengan orang taman. Yg dapat aku lihat cuma wajahnya yg umpama sedang disula kayu tajam yg berduri-duri. Aku dan Azzim berlari ke arah Ah Cong dan memukul-mukul anjing itu sekuat hati dengan kayu. Anjing itu rebah terkulai di atas tar, tidak sedarkan diri. Jubo Ah Chong berdarah. Tak sempat nak ambil nafas, sahabat-sahabat sejati anjing tadi tiba-tiba menyalak-nyalak dan berlari pantas ke arah kami bertiga. Kami lari lintang-pukang dengan barang2 order. Walau apa pon yg terjadi, barang order takkan kami tinggalkan. Dengan jubo yg berdarah, Ah Cong paling laju. Musykil juga aku.
Dalam sekejapan saja, kami dah sampai kat longkang. Ah Cong siap dah ada kat sebelah pagar. Dia terbang ke? Laju betul. Barang2 order tadi kami lemparkan aje ke dalam kawasan sekolah. Kami semua rasa macam berlari tak jejak tanah sebentar tadi. Melayang-layang. Anjing-anjing tadi dah hilang entah ke mana. Mungkin pancit. Takde ‘fitness’. Tak pon pergi hantar kawannya yg satu lagi tu ke hospital. Tak pon kami yg terlalu pantas. Celaka punya anjing, rasa nak pecah paru-paru aku meminta oksigen. Baru sekarang terasa penatnya. Aku lihat kaki Azzim dah takde selipar. Aku tanya mana selipar dia, dia bilang dia tak tau. Ganjil.
Barang2 order semua berjaya kami serahkan kepada semua pelanggan walaupon ada sesetengahnya yg dah tak sempurna keadaannya.. paham2 je la. Ah Cong tak pergi sekolah esoknya. Pergi klinik, dia kata pada warden dia jatuh kat tandas. Jubo Ah Cong berbalut. Parah gamaknya. Budak-budak ni bantai berdekah bila dah tau cerita sebenar. RM80.00 yg aku dapat aku buat beli kasut kulit hitam untuk ke sekolah. Kasut lama aku kiri-kanan dah ternganga. Bakinya aku buat beli alat-alat perkakas melukis untuk subjek Lukisan Kejuruteraan. Azzim beli walkman. Ah Cong beli ubat. Ah Cong takut kena ‘infection’. Bangang.
No comments:
Post a Comment