Sejauh mana pon fikiran aku melayang. Aku tak mampu dapatkan tenang. Kadangkala melayang ke tempat yang tidak sepatutnya tetapi tetap aku layankan. Kerana aku khuatir realiti itu masih ada (kalau tidak besar pon)kemungkinan untuk wujud dalam apa yang aku terbayangkan. Imaginasi tidak sengaja.
Aku risaukan kesihatan ayah. Masa aku ada di sana saja sudah berapa kali dia ke hospital. Praktikal. Aku abang yang sulong dan aku masih belum bekerja. Tinggal satu semester. Aku risau tidak sempat. Tuhan tolong aku. Adik-adik di bawahku agak ramai. 8 orang. Hanya seorang yang sudah bekerja. Alhamdulillah tak lama lagi nak kahwin.
Semasa menemankan ayah di hospital, aku masih tak banyak bersembang dengannya. Semasa kecil aku tak pernah jemu bercerita dengan ayah. Aku suka lihat dia ketawa. Aku benar-benar tak sedar bila masanya aku semakin jauh dengan dia. Malah pernah satu ketika, aku benci padanya. Kerana membebankan sekeluarga dengan kerenahnya. Dan sekarang perasaan itu masih ada sisa bakinya. Aku masih degil. Aku mahu dia kenal motifku. Bukan aku mahu dia sesal. Cuma aku mahu dia tahu. Yang aku sayangkan keluarga aku yang dulu. Yang suatu masa dulu dicemburui. Aku mahu dia tebus. Jangan bebankan adik-adikku. Juga aku. Terutama emak yang terlalu aku cintakan. Cuma satu perkara aku sedar. Pemberontakan aku seringkali tak cocok dengan situasi. Tindakan yang menyulitkan kekusutan. Tidak membantu menjernih. Aku sedar tapi tak mampu lafazkan maaf. Maaf yang sesungguhnya. Ego. Aku takut tak sempat. Tuhan tolong. Aku cuma mahu dia tahu. Aku sayangkan dia. Walau macam mane pon, dia masih ayah aku. Yang bersusah payah membesarkan aku dan menjaga keluarga. Satu perkara aku mahu ayah tahu, aku bersusah payah memujuk emak dan adik-adik. Aku kira itu satu cara untuk aku tebus dan aku juga tahu itu masih belum cukup. Dialog yang masih belum dapat aku sediakan ruangnya. Mungkin aku belum sedia. Dan aku khuatir tak sempat. Tuhan tolong.
No comments:
Post a Comment