Thursday, November 13, 2008

Dimensi 45m³

Berbaring menunggu lena,
Dari tilam kusam biru,
dan dari tingkap yg terbuka,
dari lampu yg terpadam, gelap mesra bersama sepi,
Aku melempar pandangan ke ruang hamparan yang amat luas,
Hamparan langit bersama sahabat-sahabat setianya,
Awan, bulan purnama dan butir-butir bintang,
Apabila awan bertukar wajah menjadi hujan yg mencurah bumi,
hanya bulan purnama yg kelihatan,
yg kekal di situ,
dan apabila awan telah tiada,
perlahan-lahan butir-butir bintang muncul kembali,
menemani bulan purnama,
dan awan pun sampai lagi,
dan mereka bertiga berhimpun kembali..

Langit menjadi ruang mereka berkumpul,
Ruang mereka berdiskusi,
Ruang mereka mencari serasi,
Bilik ini juga sama dan mirip dari segenap sisi,
Sebagai satu lagi dimensi,
Satu partikel kecil dari keseluruhan isi,
yg menjadi teman berkongsi,
bagai kapal, nakhoda dan kelasi,
Dari segala rasa yg pernah melintasi,
dari setiap perhentian fikir dan emosi,
dari setiap perhentian bas dan teksi,
menempuh setiap halangan nyata dan juga ilusi..

Simpang-simpang menuju destinasi,
sebuah graduasi,
Lima tahun menjadi saksi,
Ketika-ketika percaya sedang mencari paksi,
Apakah bahagia mampu dikongsi,
dalam dunia yg semakin kabur toleransi,
dalam dunia yg penghuninya berhati besi,
Layakkah aku memasang fantasi,
atau angan-angan itu sudah lama basi,
ditelan gergasi hipokrasi.

Wednesday, October 29, 2008

Keretapi Tanah Melayu

Makan nasi lemak sambal sotong bersama telur mata kerbau.. dilapik pula dengan daun pisang.. dipadankan dengan teh tarik. Makan sambil tengok permandangan perpekstif rel keretapi yg menjalar bumi. Sayup, saujana mata memandang. Riak-riak panas sang mentari semakin memancar. Semak samun dan belukar di tepian stesen sama subur dengan pokok-pokok pisang yg tumbuh meliar. Embun mulai lenyap di udara.. diganti dengan asap dan debu kenderaan yg mulai memenuhi ruang jalan. Selesai makan, sebatang rokok Dunhill dinyalakan. Perut rasa mantap. Alhamdulillah. Akibat puas hati, kerusi aku disentap laju ke belakang. Aku mahu segera ke stesen bas di seberang jalan.. tidak mahu terlepas bas pulang ke kampung.

"PeLePap!!!"

Aku pantas menoleh ke belakang dan berdiri. Aku lihat ada bungkusan plastik teh susu yg telah terbaring pecah di lantai. Orang-orang di situ yg kebetulan menunggu keretapi di situ terlopong. Terpinga-pinga memandang aku dan lelaki itu.
Aku perhati lelaki itu atas bawah. Rambutnya panjang mengurai dan misainya tebal dan kusut. Rambut lelaki itu juga berpasir dan berhabuk. Kakinya togel tidak bersarung. Seluar hitam slacknya berbulu-bulu dan singkat akibat koyak menampakkan kepala lututnya yg hitam berkematu. Warna asas putih baju pagodanya sudah jadi perang.. seperang warna kulitnya.. juga ada lubang-lubang. Wajahnya berdaki. Bibirnya pecah dan kelihatan garis-garis luka. Matanya kuyu dan sayu memandangku. Badannya kurus kering. AIDS barangkali..telahan kasarku di dalam hati.

"Saya mintak maaf bang. Saya belikan yg baru ye.."
Cepat-cepat 'order' bungkusan baru untuk lelaki itu. Sedang airnya disiapkan, lelaki itu lantas berpaling dan berlalu tanpa mengeluarkan sepatah kata. Dia berjalan longlai dan perlahan meninggalkan kedai makan.. mengiringi laluan tepi tapak kaki lima stesen keretapi itu, menuju ke stesyen minyak Petronas seberang jalan satu lagi. Siap teh dibungkus, aku berjalan laju mengejar lelaki itu.

"Bang, ni saya gantikan air abang yg tumpah tadi. Maaf ye bang. Saya tak sengaja"

Lelaki itu menoleh. "Mintak rokok sebatang.."
Rokok aku cuma tinggal sebatang dalam kotak. Aku hulurkan kotak rokok dan bungkusan teh tanpa was-was dan dengan penuh rasa ikhlas. Orang sekeliling hanya menjeling sinis.

Lelaki itu kembali menapak meninggalkan aku. Tidak kutanya ke mana arah destinasinya. Syurga barangkali. Aku tidak tahu lelaki itu marah atau tidak. Dan aku juga tidak mahu bertanya pasal itu.
Aku anggapkan semuanya selesai. Aku segera ke kedai semula untuk membayar. Tauke kedai itu tekun mengadap surat khabarnya sambil menyebut perlahan "makan apa tadi...". Dari jauh aku lihat lelaki serabai tadi hilang di celah-celah bangunan kedai.

"Yg tadi tu.. orang gila ke pakcik?" Tanya aku sambil hulur tapak tangan untuk ambil baki wang.

"Bukan orang sini.. baru lagi ada. Mata-mata la tu agaknya.." Jawab tauke kedai.

Aku segera ke stesen bas di seberang jalan. Sambil kaki ku hayunkan, benakku tidak dapat lepas dari mengenangkan kesahihan kata-kata tauke kedai itu. Sekiranya benar, aku cuba pula meletakkan diriku ke dalam situasi lelaki itu. Dan aku cuba pula menggapai kebarangkalian-kebarangkalian lain yg ada. Sel-sel dan saraf-saraf otakku ligat bekerja. Sekilas dahiku berkerut dan berpeluh.

Dunia ini kelihatan lebih luas jika dipandang dari sudut kehidupan setiap makhluk yg mendiaminya. Yg jelas cuma, hidup ini kompleks. Dunia ini juga kompleks. Cuma kompleks itu dipermudahkan dengan kepercayaan. Sains semata-mata tidak mampu menghuraikan kompleks kehidupan dan dunia. Dengan segala ilmu sekali pun tidak dapat menghuraikan segala. Sebagai contoh : manusia akan gila mengenangkan asal-usul kejadian manusia. Sehingga ada yg percaya manusia ini asalnya dari monyet. Tetapi dengan kepercayaan, segalanya menjadi mudah. Manusia itu dicipta Allah dari tanah. Dimulai dengan Adam dan Hawa. Dan dari situ semua episod kehidupan manusia di dunia bermula.

Bas yg aku nantikan telah sampai. Ngam-ngam. Cun sangat. Terbaik!! Tak sempat aku nak beli rokok. Nanti-nanti kan boleh beli.. lagi pun, kan baru je lepas hisap tadi.. sesi memujuk diri. Selangkah kakiku menapak ke dalam bas, sejurus aku teringat pada tiket bas yg aku selitkan pada kotak rokok Dunhill 14 yg tinggal sebatang tu. Aduhhh...

Sunday, October 19, 2008

Bahana Dingin


"Joe.. bangun Joe.. Perut aku sakit sangat ni.. Teman aku pergi tandas"
Aduhh.. potong stim betul la. Siapa pulalah yg kejam sangat ni.. main tarik-tarik bantal.. ketika aku sedang tersenyum lirik, terhanyut dibuai mimpi bersama Kate Winslet yg cantik, di tengah-tengah lautan Antartik, di atas sebuah kapal megah bernama Titanic.


Dalam samar-samar cahaya bulan purnama yg agak terang malam itu dan dengan dingin embun yg sedikit berhembus, aku cuba mengecam suara dan membuka mataku perlahan-lahan. Aku tidak dapat mengagak langsung yg jam menunjukkan pukul berapa ketika itu. Yg aku tahu, waktu itu aku masih belum puas berselubung. Dan yg paling aku pasti, bukan Kate Winslet yg membangunkan aku. Mana mungkin Kate Winslet bersuara garau. Bantalku ditarik-tarik lagi. Kali ini lebih agresif.

"Ye..ye.. aku bangun ni.." Aku menyahut sambil mengalihkan selimut yg membalut tubuh. Aku lihat si Zani ni dah siap-siap bertuala sambil memegang baldi besar bersama gayung seraya menggigil-gigil menepuk-nepuk bahagian perutnya. Dari situ aku dapat agak yg ini bukan kes main-main, ini kes kecemasan yg memerlukan tindakan paling segera.

"Jom-jom!" Gesaku seraya pantas menyarung selipar dan mengekorinya ke tandas. Semua orang aku perhatikan sedang mengerekot kesejukan dan lena diulit intan. Hanya satu lampu menyala di koridor dan bahagian-bahagian yg lain semuanya gelap. Kami terpaksa ke tandas tingkat paling bawah kerana tandas tingkat atas susah nak ada air. Zani berjalan seakan-akan berlari. Hampir-hampir aku tersadung di tangga ketika menurutinya. Zani masuk tandas paling hujung. Aku pergi tunggu di sebelah hujung tandas satu lagi. Bilik warden pun aku lihat masih gelap tadi. Pukul berapa la agaknya ni..

Mataku terkebil-kebil menahan rasa mengantuk yg semakin memberatkan kelopak mataku. Aku tidak sanggup lagi menahan seksa sedemikian. Di tengah-tengah pekat malam macam ni, aduhh ai. Mengapa aku yg dipilih..?? Mengapa bukan orang lain..?? Empuk tilam dan bantal yg baru ku nikmati sebentar tadi masih belum hilang, terbayang-bayang, masih kuat terasa. Aku menyangkung dan bersandar pada dinding tandas. Kepalaku yg terasa berat ini aku letakkan pada tiang pintu kayu tandas paling hujung. Suasana gelap dan sunyi. Mataku kubiarkan tertutup. Lama agaknya si Zani ni. Dengan mata yg aku pejamkan, aku cuba mencari dan menyelongkar semula jalan cerita mimpiku tadi. Kepingin rasanya aku kembali bertemu dengan si cantik dara manis yg menhiasi ruang mimpiku sebentar tadi.. oohh Kate Winslet. Sekali-sekala terdengar bunyi mangkuk tandas dijirus-jirus dan bunyi paip air bergegar-gegar apabila kepala pilinya dibuka. Aku andaikan bunyi-bunyi itu semua datang dari kapal yg bakal mempertemukan kembali aku dengan si jelita Kate Winslet.

"Joe!!" Zani memanggil. Risau ditinggalkan.
"Ermmm.." Aku sambut perlahan. Aku tak mahu fokusku lari.
______________________________________________________________

Keesokan harinya.
"Apsal kau tak kejut aku??"
"Mane perasan kau tido kat hujung tu.. gelap je. Aku ingat kau dah balik.. Aku panggil-panggil takde sape nyahut pon.. Aku blah la cepat-cepat"

Celake punye Zani.

Tuesday, October 14, 2008

Pengisian Raya 2008


Hari raya kali ini sama seperti hari raya pada 7-8 tahun sebelum ini. Sama bosan. Sama memenatkan. Sama sedih. Sedih pada Ramadhan yg berlalu. Sedih mengenangkan dosa. Sedih mengingatkan mereka yg telah tiada.

Saban tahun, aku semakin tidak mahu pulang ke kampung. Aku pulang ke kampung hanya untuk bertemu datuk dan nenek. Tidak lebih dari itu. Mereka orang tua yg seharusnya diraikan. Kerana aku tahu, sekiranya umur aku panjang, aku juga akan melalui perkara yg sama sebagaimana apa yg mereka tempuhi sekarang. Mereka keseorangan. Menghabiskan sisa-sisa hidup. Anak-anak yg dibesarkan mereka tidak lagi bersama. Jerih payah mencari makanan, menyediakan tempat tinggal, pakaian, persekolahan juga perkahwinan untuk anak-anak telah pun menjadi sejarah yg tak mungkin terulang. Cuma kesinambungannya pula yg bersambung-sambung kerana sekarang, mak dan ayah aku pula yg sedang pening dan kusut untuk mengahwinkan anak. Emak dan ayah kita pula yg sedang melalui apa yg telah datuk dan nenek kita tempuhi satu masa dulu. Jasa datuk dan nenek tidak mungkin dapat mak dan ayah balas kesemuanya. Sama seperti kita, kita juga tidak mampu untuk membalas segala jasa kedua emak dan ayah kita. Sama juga kepada anak-anak kita.. juga kepada cucu-cucu kita daripada anak-anaknya.

Sabda Rasulullah bermaksud:
Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.


Dan aku melihat emak dan ayahku sebagai anak yg baik kepada datuk dan nenekku. Dan dari situ aku selalu berdoa dan berharap untuk menjadi seperti itu juga. Dan sekiranya dikurniakan Tuhan zuriat bagiku, aku juga berharap agar mereka juga termasuk dalam golongan-golongan mereka yg berakal.

Wednesday, September 24, 2008

Awal ke Kelas

Alarm handsetku berdengit lagu dangdut. Dangdut bukanlah genre musik yg aku minat sangat tapi lagu tu paling kuat bunyinya berbanding lagu2 lain yg terhimpun dalam koleksi lagu2 dalam handsetku. Dengan kadar segera aku mematikan bunyi pd handsetku yg semakin mengganggu. Bukan deringan itu yg mengejutkan aku sebenarnya, tetapi ketiakku yg telah basah inilah yg telah memberikan seribu satu ketidakselesaan pd jiwa yg meronta yg menyebabkan aku tidak dapat lagi meneruskan lena. Kipas yg telah aku setkan pada kelajuan maksima, yg telah aku halakan tepat pd badan, tidak lagi mampu menangkis bahang hangat yg perit lagi memeritkan lantaran matahari yg telah menegak tinggi dan lapisan ozon yg sudah tidak lagi setebal dulu. Keseluruhan tubuh badanku, ku rasakan melekit-lekit. Mata ini masih lagi belum cukup segar. Mata ini masih mahu lelap, masih mahu tertutup, tetapi apakan daya..suasana yg tidak mengizinkan itu seakan-akan sepasang tangan yg menggoncang susuk ini lantas menguatkan semangatku untuk bangun dan beralih dari tilam nipis itu. Arrggghhh.. global warming. Aku lalu bingkas bangun mencapai tuala untuk mandi dan bersiap-siap ke kelas.

Tak sampai 5 minit lepas mandi, badanku dah mulai berpeluh semula. Simptom ape ni.. petanda baik atau tidak. Aku pilih baju yg paling nipis itu hari demi penyesuaian situasi. Botol deodorant yg semakin ringan aku semburkan berkali-kali pada ketiakku demi aspek keselamatan dan keselesaan orang ramai. Seluar jean yg aku jemur di tepi tingkap bilik, aku sarungkan cepat2 dan dengan cepat juga aku tanggalkan semula kerana kepanasan. Aku tak perlukan telur separuh masak pada masa ni. Kesudahannya aku keluarkan semula seluar jean yg aku cadang nak basuh semalam dari dalam bakul tepi katil. Rambut hitam ikal mayang pendek aku ini aku sisirkan kemas2 dengan sikat rongak atas almari. Aku bergaya 1-2 minit depan cermin untuk sesi menambah keyakinan diri. Perghh.. sekali imbas macam ejen FBI. Perasantan. Beg biru yg aku beli 5 tahun lepas aku sambar dari dinding. Aku melangkah cergas keluar dari bilik sambil mendepang dada yg padat dengan cita2 yg sayup menggunung.

Keluar2 saja pintu rumah, mataku mengecil. Huishh.. panasnya malaysia. Entah macam mana pula dengan orang2 di arab saudi, afrika, sahara dan negeri2 timur tengah yg lain. Tak pasal2 jadi prihatin. Masuk2 kereta pula rasa macam masuk oven. Sejenak terfikir, ini baru panas dunia. Dan dari perkataan oven itu juga aku teringat kuih tat nenas emak di kampung. Alamak ai.. syoknye dapat layan kuih tat nenas emak sambil baring berseluar pendek depan tv atas sofa di hari raya. Pergghhh.. syurga dunia. Aku buka tingkap kereta luas2 demi pengudaraan yg lebih jitu, sihat dan semulajadi. Aku tak mau pasang penyaman udara. Aku tak mau lapisan ozon bumiku ini terus-terusan dinipiskan CFC. Cehh.. padahal nak jimat minyak. Dahi aku pun sudah mulai dibasah keringat.

Kesemua 4 lampu trafik yg terpaksa aku lalui untuk ke kelas berwarna merah. Kes2 seperti ini memang sengaja membangkitkan amarah. Ditambah dengan alur tekakku yg terasa begitu kesat sekali. Menyesal aku minum segelas je air masa sahur tadi. Tapi bukan salah aku. Restoran pagi tadi tu yg masak lambat sangat. Habis makan aku mintak satu cawan lagi air suam tapi dia bagi air mendidih. Melecur bibir seksi aku. Nak aje aku carutkan pelayan tu tapi mengenangkan bulan baik hari baik ni, aku bersabar. Aku tunggu air tu sejuk, tapi tak sempat air tu menjadi suam, bilal dah azan. P**imak!!!! Termencarut juga aku selepas lama bertahan.

Satu kelas je hari ni. Lagi pun aku bertolak awal. Jadi, tiada terburu-buru. Rileks joe.. rilekss.. sabar. Sabar itu sebahagian dari iman. Lagi2 bulan Ramadhan ni. Pahalanya berlipat kali ganda kalau kau redha, ikhlas dan sabar. Tetiba je ade sesi motivasi kepada diri sendiri. Sesi pengukuhan iman. Sesi sedar diri ini kerdil.

Sampai2 kolej, parking lot penuh. Aku 'terpaksa rela' parking lebih sekilometer dari bangunan. Aku tengok jam kat tangan. Cun. Ngam2. Setiap langkahku tersusun kemas dan bergaya walaupun kakiku melecet kerana tak memakai stokin. Jarang betul aku tiba awal ke kelas. Bibirku tak lekang dari senyum. Bangga benar rasanya. Terasa seperti akulah calon pelajar yg paling tepat untuk dijadikan contoh pd pelajar2 lain untuk semester ini. Sejuk perut emak aku mengandung mengenangkan anaknya yg menghargai dan bijak mengatur masa. Peristiwa 2 tahun sekali ni. 5 minit awal. Aku yg normal dan waras ialah 15 minit lewat. Sampai pensyarah pun dah cop muka aku. Muka datang lewat tapi hensem. p/s: Perkataan hijau tu aku tokok.

Kelas tingkat 3. Lif rosak. 'Yuran pengajian naik' dan 'lif ke kelas rosak'. Cuba kita sama2 ambil sedikit masa untuk fikirkan sejenak, apakah hubungkait antara kedua-dua perkara berbangkit ini? Apakah jenis relativiti antara kedua-dua isu ini?? Kawan ketat atau musuh karib???

Mahu tidak mahu, aku wajib naik tangga kerana tidak ada kemudahan lain yg disediakan seperti tali atau pun roket pelancar. Ianya kurang menjadi masalah pada aku yg mempunyai kadar kecergasan purata. Tetapi aku berasa kasihan dan simpati pada mereka2 yg menghampiri obesiti kronik. Juga pada mereka2 yg sudah berusia seperti pensyarah-pensyarah, profesor-profesor dan mereka2 yg tua sebelum masanya. Aku lihat mereka termengah-mengah mendaki dan menyusun tapak bersama beban buku2 dan komputer riba. Perghhh.. mesti banyak pahala mereka2 ini. Menuntut ilmu itu bukankah satu ibadat.

Sampai2 depan kelas.. aku perhati ada kertas putih dilekatkan pd pintu..


Dari kisah yg tertera di atas, ingin saya berkongsi bersama teman2..

Makna ayat-ayat Surah Al-Asr :
(1) Demi masa
(2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
(3) kecuali pd orang-orang yg beriman dan beramal soleh dan yg berpesan-pesan
kepada kebenaran dan kesabaran.


Thursday, September 18, 2008

Sudut G-Wang

Hati yg dulu sepi. Kini sudah ada yg menghiasi. Hati yg satu masa dulu sendiri. Sudah ada yg mengiringi. Hati yg dulu kering dan kontang. Kini kembali disirami. Dunia yg dahulunya kosong. Kembali didiami. Subur dan mesra. Bagai kiambang di pinggir kali. Warna ungunya berseri bila dibasah embun pagi. Owhh my darling.. i'm so glad i found you. Alhamdulillah.

Dia lambang erti pada kasih sejati yg pernah kufikirkan telah pupus ditelan hipokrasi.

Menatap indah senyum di wajahnya. Lidah ku kelu seribu bahasa. Kerana hanya di situ dapat aku lihat dan dapat aku fahami sepenuhnya telus niat nurani ikhlas, hati yg jujur.. menyayangiku.

Biar di mana aku berada. Engkau terus kekal hidup dalam jiwaku. Sebagai semangat yg terus menopangku. Di kala aku tidak mampu berdiri. Sebagai pendamping penunjuk jalan. Di kala mataku buta dan kabur dengan fatamorgana mainan duniawi.

Allahu Ya Rabbi. Tempat kutanamkan benih-benih doa dan mimpi. Semoga wanita ini sentiasa di sisi. Mengiringiku melewati. Setiap titi menuju Ilahi.

Wednesday, September 17, 2008

Main Stop Valve


Rasa geram aku m'buak2. Rasa nak kutanamkan saja hidup2 kucing2 yg berkeliaran depan umah aku ni. Betol2 x makan saman. Mentang2 la depan umah aku ni berpasir.. diorang ingat halaman umah aku ni tandas??!!

Pagi2 keluar umah nak pegi keje. Dengan nak kejar masenye lagi, x pasal2 plak aku nak kena luangkan mase untuk membersihkan tapak 'safety but' aku yg dah tercalit sisa buangan kucing. Taik kucing punye kucing!! Argghhhh.. bau xnak wangi plak tu.. Masuk2 keje je bibir dah muncung.. Bikin hati panas jek.. Sejuk berkabus pagi itu sikit pon x mendinginkan hati aku.

Sampai2 kilang tengok 'punch card' aku dah ade orang 'punch'kan.. Hati aku sejuk 10%. Masuk2 kantin, menu kuih cara. Korang tau x kuih cara ni? Kuih yg biasenye warna hijau, lapik dua dan dalamnye ade air gula. Bile kunyah je, air gulanye mercik dalam mulut. Perghh.. terbaek!!! Xde cakap banyak, aku ambil 5 bijik terus. Feveret punye pasal. Hatiku menyejuk lagi 10%.

Tengok muke Si Jande yg buat kueh ni,
yg ala2 Preity Zinta tu, senyum2 kat aku, hati aku mendingin lagi 10%. Budak2 kilang ni semua 'pana' ngan aku pasal janda ni layan aku sorang jek. Dengan budak2 lain, jgn harap die nak senyum.. pandang pon tak. Budak2 ni semua die 'bo' layan.. Pasal die tau, aku xde pasang niat ape2 kat die. Aku ikhlas. Ikhlas taik kucing. Budak2 lain siap mintak no. talipon, die tak bagi. Dengan aku, die yg nak bg.. aku xnak. X kuase nak layan. Awek aku sorang kat Muadzam tu pon aku x terlayan. Tetibe terase cam hensem plak diri ini. Kah kah kah!! Up lagi 12%.

Habis sarap, aku terus nak gerak turun masuk kilang, Bob hulur sebatang. Eh2, macam tau2 je aku xde rokok. Hati aku sejuk lagi 10%. Paru2 ku rosak lagi 0.0002%.

Sampai2 bawah, Bang Kamal baru nak masukkan fibre dalam boiler. 'Firing'. Sebelum start proses.

"Karang nak bukak 'main stop valve', bole la ko ikut Abg Lan.. Ko kate semalam nak tangkap gambar kan.." Bang Kamal tegur aku sambil memberi isyarat mintak aku skopkan fibre kat 'fluid elevator' kat sebelah 'kernel plant'.

Biasanye nyekop fibre ni akan makan masa dlm sejam. Kadang2 bole cecah 3-4 jam. Bergantung pd kelancaran stesen press yg membekalkan bahan api dan juga kawalan angin dalam 'furnace'. Nak naikkan pressure dalam boiler sampai 100psi. Ikut syarat JKKP, sepatutnye 50psi dah kene bukak 'main stop valve'. Lepaskan steam ke Back Pressure Receiver sebagai stor steam kering, untuk keselamatan. Tapi nak buat macam mane. Perkara2 mekanikal ni, kadang-kala nak kene sesuaikan dengan amali dan situasi. Tak boleh teori semata-mata. Itu la lebihnye pada 'experience'. Pengalaman. So, engineer2 yg baru tu, jgn la nak sombong bodo plak. X salah kalau bertanye. Ini datang2 nak marah2. Maki hamun. Bodoh bengap baghal bahlul tuli semua keluar. Yg ko marah ni bukan budak2. Bapak2 orang. Maybe betol la ko orang atas, ko pandai, ko engineer. Tp ko kene ingat, pandai ko tu sape yg bagi. Rezeki Tuhan. Anytime Tuhan bole tarik balik. Cakap elok2 je. Lagi orang suke. Lagi orang respect.

Kalau 50psi dah bukak 'main stop valve', pressure akan mudah jatuh balik. Kilang masih belum bole start proses. Jadi bahan api dari stesen press xkan sampai lagi ke dalam 'furnace' sebab belum start proses. Jadi susah nak 'maintain' tekanan kat 50psi. Untuk kes kilang ni, model boiler TAKUMA dari Jepun ini tidak sepenuhnya automatik pengendaliannya. Cuma separa automatik. Automatik cuma pada kawalan air dalam 'steam drum' dan 'mud drum'. Elektric pump, itupon cume pd boiler nombor 3. Boiler no. 1 dan 2 tidak. Boiler 1 dan 2 pakai 'steam pump'. Dikendalikan secara manual setiap kali siren berbunyi. Kalau xnak bingit telinga, sentiasa la perhatikan 'water gauge glass' yg terletak di bahagian atas sebelah 'steam drum'. Silap gaya tengkuk boleh bengkak. Asyik dongak ke atas je. Siren akan berbunyi setiap kali air lebih 80% atau kurang dari 45% dlm drum. Boilerman sikit pon x bole lalai. Wajib sentiasa peka. Kerana sedikit kelalaian boleh membawa kerosakan yg besar pd bahagian dalaman boiler lazimnya tiub. Lebih parah lagi kalau 'steam basah' terlepas masuk pada turbine. Kipas turbine yg di'design' untuk 'steam kering' akan rosak. Harga pasaran sekarang untuk kipas turbine ialah RM120000 walhal duit 'maintenance' kilang yg diperuntukkan cuma RM30000 setahun. Untuk model kilang ni la. Paling parah ialah sekiranya berlaku kemalangan jiwa kerana pintu besi padu boiler yg setebal 4 inci itu pon akan melayang sekiranya satu saja tiub dalam boiler meletup. Kedatangan bahan api yg sering tidak menentu dari stesen press dan permintaan steam yg tinggi dari stesen 'sterilizer'(masak buah) juga akan menyebabkan seluruh sistem 'trip' sekiranya pressure boiler jatuh mendadak. Jadi boilerman akan sentiasa nak kena skop fibre lebihan proses sebelumnya. Penat tu tak jadi hal. Cume kami x mau buat kerja giler. Boleh patah pinggang dibuatnye. Driver Bobkat S220 kat stesen 'loading ramp' pon bole hangin pasal kejap2 kene panggil amik fibre ngan shell halus. Oleh kerana itu, 'main stop valve' dibuka pd ketika tekanan berada pada paras 100psi. Kami mahu semua orang senang hati. Mudah kerja untuk semua. Win win situation.

"Woi!!! Cukup!!!" Bang Kamal dah jerit menandakan yg pressure dah cun selepas 2 jam aku nyekop fibre.

Lepas tengok Abg Lan bukak 'main stop valve' kat atas boiler, aku pau rokok Abg Lan, bukak baju, pegi lepak tepi 'kernel plant'. Atas tangga, berangin skit. Fuhh.. nikmat sungguh rasanya bile badan peluh2 kene angin. Angin sepoi2 bahase pagi itu membawa pergi panas bara hatiku sebanyak 15%.

Lepas 'buang batu' pukul 12 sampai 1. Haus giler. Aku cepat2 naik atas ke kantin carik air. Sampai2 kantin aku terus mintak air jagung ngan air kosong.

"Macam biase.. susu nak lebih ye.." pintaku. Si janda senyum lagi. Hatiku sejuk lagi 10% di kala matahari tegak 90 darjah dengan bumi.

Tengah2 aku layan syahdu tengok si janda kacau air... dengan tibe2.. Aku perasan ade orang panggil aku.

"Dah 4hb ni, jap lagi bole la ko masuk pejabat, sain. Amik elaun ko. RM450 kan?" En. Zali kerani pejabat yg sedang hisap rokok kat meja belakang 'sound' aku.

Hatiku terus berbunga-bunga 550%!!

Tuesday, September 9, 2008

Wajah itu. Aku mahu.

Pagi2 masuk keje tengok lori sebesar kontena tengah standby reverse parking kat belakang kedai. Awal2 lagi aku dah tepuk dahi. Aduhh.. masak aku ini hari. Apa pasal x mau hantar sikit2. Ini sekali hantar.. BEDEBAB nah kau! Memang btol2 nak kasi tumbang. Nak jimat kos penghantaran agaknya. Abis tu kos rawatan sakit pinggang aku camne?

Segala jenis stok sampai. Tepung guni, tepung paket, gula paket, sunquick oren dan mangga, susu tin marigold, dairy champ, f&n, kicap, laici tin, sirap, jagung tin, biskut dlm tin, jagung halus, jagung kasar, sardin, dedak ayam, dedak arnab, bawang besar, bwg kecik, bwg putih, kentang semua sampai. Stor yg kosong sebelum ni, dah jadi padat. Sampai ke bumbung aku susun ngan Sapiq. Mamat driver lori ni pon tolong skali. Sampai dah tak cukup palette dah stor ni. Sampai kene susun atas lantai. Tadi pagi lori ni sampai, tengah hari nak masuk petang baru siap punggah. Kerja giler. Fuuhhh... Lepak belakang stor jap. Bawah pokok besar. B'lenggeng. Amik angin. Kasi peluh kering jap. Aduhh.. rokok plak xde. Kering je peluh aku ngan Sapiq sarung baju. Bergegas ke gerai Wak kat sebelah D'Mart ni.. Belanje mamat driver lori tadi makan tengah hari ngan rokok Dunhill 14. Orang berbudi kite berbahase, ye x..

Abis makan aku masuk kedai. Sapiq terus amik port lepak kat kaunter ngan Lela. Syok port tu, ade kipas besar tapi muat2 sorang je. Jadi tukang masuk barang dlm plastik. Siot.. pantas btol Sapiq ni. Aku terus xde mood nak buat keje dah. Aku rasa macam bakti aku untuk D'Mart ini hari dah cukup banyak. Aku nak rilek je sampai pukul 6 petang kang. Tibe2 aku teringat kat sorang awek cun yg aku nampak lalu depan kedai kelmarin. Lela cakap awek tu baru kerja kat kedai belakang. Tempat Man keje. Kedai hardware. Ini kalau aku kacau awek ni best gak ni.. mane tau ade rezeki.. hihi.. Nak tunggu awek tu kacau aku memang harapan la kan..

"Lela.. bagi aku Dunhill 14 tu satu.. special price tau.." Aku berdiri depan kaunter sambil menyisir rambutku yg b'karat dengan jari-jemariku di hadapan cermin kabinet rokok.
"Guna jari pon bolehh.." jawab Lela sambil mencampakkan Dunhill 14 aku.
"Main kasar nampak..Aku gi kedai belakang jap.. nak jumpe Man" kata aku
selepas merasakan diri dah cukup hensem.
"Nak jumpe Man ke.. nak jumpe sorang lagi tu.." Lela bagi buah pedih.
"Isk kau ni.. pandai2 je. Pasal gosip nombor satu.." aku segera blah sebelum Lela
membebel. Die tau aku nak mengular. Bos besar xde ini hari.

Aku masuk kedai cari Man. Man ade kat stor belakang. Tengah check list barang masuk. "Lepak dlu Man, isap rokok" sapa aku seraya menghulurkannya kotak rokokku.

"Pengaruh rakan sebaya." Jawab Man seraya pantas merentap kotak rokokku.

"Wei Man.. awek cun tu mane?" aku lantas bertanya seraya menyedut dalam2 rokok yg baru saje aku nyalakan. Aku x mau buang masa. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

"Ces.. aku dah agak dah. Ko datang sini bukan nak cari aku. Siot je, rasuah aku ngan rokok. Politik wang btol la ko ni.." buah pedih Man plak.
"..ade kat sebelah rak sane tu..tengah susun barang.." sambung Man.

Aku bingkas bangun. Aku nampak dia tengah duduk cangkung atas bangku. Ayunya die ni. Jelita. Muslimah sejati. Gadis melayu terakhir. Sejuk mata memandang. Itu baru dari tepi. Belum dari depan lagi. Dia sedang asyik menyusun barang dan meletakkan tanda harga. Aku sandarkan tangan aku pada rak dan berdiri atas satu kaki. Satu lagi kaki aku silangkan. Bagi aku, itulah posisi macho paling kacak yg mampu aku persembahkan. Aku harap die x terkejut dengan ketampanan aku.

"Assalamualaikum." Aku lontarkan dia satu suara jantan paling lunak dari lubuk hati yg paling dalam. Aku saje test. Bukan ikhlas pon bagi salam. Nak tengok respond die jek sebenarnye.

"Waalaikummussalam. Awak nak apa? Kalau tak ada apa, saya banyak kerja ni." Suara si dia keras. Dia jawab sambil sikit pun tak tengok aku. Sikit pun x kalih. Ape die bute ke ape.. Aku skit punye hensem die bole wat x tau..
Ini btol2 mencabar kelelakian aku. Ape kau ingat kau sudah cukup cun. Memang cun pon.. tu pasal la aku kacau. Aku merapatkan diri.

"Kalau takde pape.. Saye harap awak boleh pergi tempat lain. Saye tak tahan bau rokok awak tu.." suara keras si dia keluar lagi.

Aduhh.. sial. Aku bole lupa plak. Aku terus terkedu. Tak tau nak cakap apa. Malu pun ada. Pelan2 aku atur susuk badan aku ke belakang dan pelan2 jgak aku melangkah pergi dengan muka yg layu dan terasa kebas. Rase cam baru lepas kena lempang backhand. Celake punye Dunhill!

Dah lama aku tak buat keje giler ni. Makan tahun dah aku tak tegur perempuan. 'Heartbroken' punye kes. Ahhh.. itu cerita lain. Tapi yg ini lain sikit. Aku mesti kacau minah ni. By hook or by crook. Aku mesti cuba di lain hari. Aku xnak menyesal kerana x mencuba. Aku tak tahu pasal apa tapi gerak hati dan degup jantung aku seperti sedang meronta untuk memberitahu aku sesuatu. Sesuatu yg terpenting. Secara jujurnya..dari kelmarin lagi, aku dah x senang duduk sedari saat aku terlihat wajahnya.

Wajahnya ini seperti pernah aku jumpa.. tapi di mana ya? Aku x perlu masa yg panjang untuk 'recall'. Memang dia. Wajah si dia inilah yang pernah muncul dalam mimpi aku. Mimpi seperti itu pernah singgah dalam lena aku beberapa kali sebelum ini.
Mimpi itu datang dari masa depan. Di dalam mimpi ini, wajah si dia ini putih bercahaya. Cahaya terang benderang yg timbul dari wajahnya memberi nyaman yg tidak terhingga pada jiwa. Dia sedang melayan aku di sebuah taman yg rapi dan semulajadi landskapnya. Cuacanya redup. Langitnya biru. Angin dingin bergerak sangat perlahan lagi mententeramkan. Dia sedang duduk bersama-sama aku di atas dua buah kerusi dengan satu meja kecil bulat berwarna putih di hadapan. Lengkap dengan halus seni ukiran. Ada satu pokok besar yg rendang di belakang kami bersama rimbun2 pohon renek dengan bunga2 yg sedang mekar dan harum mewangi. Setiap lenggok gerak-geri si dia, setiap kerling pancar matanya, setiap kerdip alis matanya yg lentik, dan dari putih seri yg lahir dari wajahnya, penuh dengan rasa cinta yg melenyapkan waspada. Setiap kali mimpi itu datang, aku akan terjaga dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga. Suasana nyaman dari dalam mimpi itu terbawa-bawa ke alam sedar. Mimpi itu benar2 terkesan pada aku. Kerana ianya seakan-akan nyata dan wujud. Puas aku berfikir, wujudkah wajah seperti itu? Dan kelmarin aku jumpa wajah itu di alam nyata. Adakah ini yg dikatakan orang deja vu?

"Ape cer? Ade respond..? Layu je muke.. Mat jiwa2 yg kecewa. Kah kah kah.." Man ketawakan aku.

"Salah 'timing' la Man. Dia tengah datang bulan kot.." aku terus balik D'Mart.


Monday, September 8, 2008

Mari bepantun

Pantun 'Cari Ganti'
oleh Dr. Mohd Asri B. Zainul Abidin. Mufti Perlis.

kota sarat disimpan tempayan,
zahir berlian di sunyi hari,
harta rakyat dijadikan taruhan,
akhir kebencian menjadi api.

gula dan santan diuli roti,
kelapa diparut dimakan sama,
bila kebencian menjadi api,
apa dihasut ditelan semua.

anak singa di Pulau Teberau,
anak tebuan seekor lari,
jika negara sudah kacau,
eloklah tuan mengundur diri.

pergilah mandi di Titi Tinggi,
jalan tersepak tali pencuci,
carilah pengganti berbudi tinggi,
bukan perompak ganti pencuri.

~aku rasa cam cantik sangat pantun ni untuk direnungkan bersama.. aku jumpe karya ni kat klpos.
Giler padu mesej die.. Hanya Allah tempat paling tepat untuk kite bergantung. En. Lah, En. Jib, En. Nwar... ntah la. Aku tak mau diorang ni.. Aku mau Mahmud Ahmadinejad.

Friday, September 5, 2008

Sungai Katong

"Woi.. cepat la. T'hegeh2 macam penagih." Aku berang dengan Seli yg baru nak m'cangkul cacing kat tandas lama belakang rumah dia. Seli tak mau buat awal2. Kurang segar katanya. Nanti ikan tak naik selera. Ada2 saja la Seli ni. Macam2 petua. Naik rimas aku. Cacing2 itu Seli letakkan dalam tin kosong susu pekat manis f&n dengan tanah2nya sekali. Motor Suzuki RGV hijau aku ni sengaja aku rem2kan. Bagi Seli rimas. Masa tu minyak murah lagi. Seli sandarkan elok2 cangkul pendek yg baru digunakannya itu di bawah sebatang pokok durian belanda sebelum b'lari2 anak ke arah aku bersama-sama tin, beg perkakas ngail dan batang kailnya.

"Pret...prettt..preett.." Aku memecut laju(70km/hr) merentas jalan sambil lincah mengelak lubang2 menuju ke destinasi. Nak dekat pilihanraya nanti confirm jalan ni okey.. bisik hati aku. Kami berhenti di kedai runcit Lan untuk beli sekotak Surya sebelum masuk jalan ladang ke Kg. Rekoh. Julat masa perjalanan keseluruhan adalah dalam lebih kurang 30 minit. Lalu jalan ladang ni yg lemah sikit.. kalau ada kenderaan lain kat depan, tak pun berselisih, lori ke kereta ke motor ke, debu2 jalan merah ni akan b'kepul2 naik ke atas. Langsung tak boleh nak buka mata. Berpasir. Lagi kronik kalau sampai kena berhenti kjap. Ambik nafas dan tunggu jalan clear semula.

Sampai Kg. Rekoh (penempatan orang asli), kami akan jumpa sebuah loji pembentungan(rawatan air kumbahan sebelum dilepaskan ke sungai) sebelum melalui satu jambatan gantung yg muat2 satu motor je lalu. 'Balancing' kena padu beb masa lalu jambatan gantung ni. Kalau tak kena cara boleh tersangkut 'handle' kat jaring2 keselamatan(macam jaring futsal) kat tepi jambatan gantung ni.

Lepas melalui jambatan gantung, ada banyak simpang jalan hutan menuju ke macam2 jenis lubuk. Ada lubuk mancing, lubuk m'jaring, lubuk m'jala, lubuk memikat ayam denak, lubuk menjerat burung wak-wak, puyuh, lubuk jebak burung serindit, merbah, tekukur, lubuk ngebom ikan, lubuk tarik nombor, lubuk menembak rusa, pelanduk, kancil.. macam2 ar.. Paling best lubuk kubang(mandi-mande).. siap ada tali tarzan lagi.

Aku dan Seli mahu pergi pasang jaring dulu sebelum gerak pergi mengail. Tempat menjaring ni orang panggil lubuk merah pasal airnya kelihatan kemerah-merahan. Sampai2 je terus jaring berskala 1/2 inci aku keluarkan dari dalam raga motor. Takde cakap banyak aku ngan Seli terus bukak baju. Bentang jaring kat pokok. Masa kami nak turun masuk air, kami perasan ada seorang brother asli ni tengah usha jaring dia kat 'side' jauh sikit tapi dia naik sampan. Orang asli takpe lagi.. diorang tak kacau jaring orang lain. Orang2 kita ni je yg suka curi ikan kat jaring orang lain. Diorang suka curi ikan yg best2 je. Ikan2 yg tersangkut kat jaring belah bawah macam ikan baung, keli dan jelawat. Yg besar2. Mende wat makan pon diorang bole curi. Bangang btol. Jaring ini hari nak kena ikat batu pasal air dalam. Habis pasang kami naik. Pancit siot main ngan air ni. Biar ikan sangkut dulu. Aku tengok brother asli tu bole tahan mewah. Penuh bahagian depan sampan dia. Lais pon banyak. Banyak yg saiz selipar. Feveret aku tu. Nak je aku mintak 2-3 ekor. Geram je aku nengok dari jauh. Dia pasang 3 tempat sekali. Lain2 saiz lubang. Perghh.. sapu abis mamat ni..wat niaga ke. Xpon anaknya kat umah ada 19 orang.

Lepas pasang jaring kami bergerak ke port mengail. Layan ngail sampai abis cacing. Apa punya petua la Seli ikut. Siap baca2 mentera sebelum baling. Ludah2 skit kat cacing. Tapi haram.. dah la x banyak yg naik. Yg naik pon saiznye ade la lam besar 2 jari. Nak buat pekasam bole la. Takde rezeki barangkali. Balik ni karang confirm kene kutuk ngan mak aku. Tapi takpe, mungkin rezeki kitorang hari ni kat jaring. "Ko punye pasal la ni.. yg ko ludah2 tu buat ape. Dah ikan geli nak makan." Selamba aku salahkan Seli.

Selepas kecewa di medan kail, kami bergegas ke port jaring semula. Hasilnya sama juga. 2-3 ekor je yg melekat. Kami lepaskan yg melekat tu dan putuskan untuk biarkan je jaring ni semalaman. Esok pagi kami akan datang balik.

Naik je atas darat Seli ajak pergi port kubang. Cuaca pon tengah panas. Ditambah lagi dengan air sungai yg tengah dalam. Air plak tengah jernih. "Jom!" Balas aku tanpa banyak soal siasat. Kami berkubang tak lama. Adalah lam lebih kurang sejam. Lg pon, kami 2 orang. Tak cukup korum. Tamat sesi berenang, kami nak pulang. Dah petang ni, nak gi membohjan plak. Ngam2 masa aku pegi kat motor, tiba la lam 3-4 bijik moto lagi. Semua perempuan. "Budak katong 1 ni.." Seli berkata-kata seraya melayur rokok surya yg sedikit kebasahan dengan lighter aladdin. Selesai Seli melayur dan menghidupkannya, aku ambil dan aku hisap lantas terus membuat harta. "Baaaabi." Seli berkata lagi sambil mengambil sebatang lagi surya lain untuk dilayur.

Esok pagi kami sampai Kg. Rekoh. Nak angkat jaring gamaknye. Tak sempat naik jambatan gantung, kami lihat penuh orang kat situ. Dengan anggota bomba & penyelamatnye, dengan orang kampungnye, anggota marin penyelam pon ade. Kami tanya2 kat budak2 situ. Mereka cerita ade 2 orang perempuan lemas petang semalam. Adik-beradik. Adiknye hanyut, kakaknye nak menyelamat. Kesudahannya dua-dua hilang. Orang2 asli situ pon turun membantu dalam usaha mencari. Seram sejuk aku dengar cerita tu. Baru semalam aku ngan Seli jumpa. Kami terus balik.

Dari sumber2 yg diyakini kesahihannya, kedua-dua mayat ini dijumpai 3 hari kemudian. 3 kilometer dari tempat mereka dihanyutkan. Ahli keluarga mangsa siap berkhemah kat situ masa dalam proses mencari. Diorang tu rupa-rupanya adik2 ipar kawan aku. Memang budak katong 1. Al-Fatihah. Sejak dari peristiwa itu, aku tak pergi lagi Sungai Katong. Aku ngan kawan2 sanggup pergi port2 lain yg lebih jauh tapi bukan Sungai Katong.

"Seli.. ape citer jaring kite.." tanya aku.
"Bior je ar.. Rezeki orang asli tu.." jawab Seli.




Pak Hassan

Buang batu. Ini rutin penting bagi setiap boilerman di kilang sawit ini untuk mengelakkan terbentuknya blanket bara fiber dan nut yang telah terbakar. Blanket ini akan mengganggu aliran angin yang melambung bahan bakar. Blanket ini akan dipecahkan terlebih dahulu sebelum ditarik keluar melalui pintu boiler. Masa buang batu, peluh jangan cakap la, macam air kencing, menitik-nitik . Baju boleh perah. Bukan semua jenis boiler perlu ikut prosedur ini. Boiler kilang lain ada yang buang batu seminggu sekali. Itu pun pakai Bobkat.

Di kilang ini, buang batu 4 jam proses/ sekali. Manual. Patut la orang boiler kilang ni sasa-sasa semuanya. Dalam satu shift normal, kami akan buang batu pada pertukaran shift pukul 8 pagi dan 12.00 tengah hari. Ada 2 boiler, yang 40000 lb stim/hour ada 3 pintu dan yang 20000 ada 2 pintu. Selesai semua pintu, 1 liter air confirm habis setiap sorang.

Lepas buang batu, aku biasa lepak kat stesen workshop seberang stesen boiler. Bilik penyelianya ada kipas dan boleh baring tapi tak bole tidur pasal bising orang bengkel buat kerja. Ada 1 hari aku lepak situ, nak hisap rokok tapi rokok takde. Masa tu orang-orang bengkel ada, diorang pon baru lepas siap overhaul mangkuk worm screw pada mesin press. Bau masing-masing macam taik kering. Minyak sawit yang telah sangat lama terbiar dalam bahagian mesin memang tengik. Menusuk kalbu.

Pak Hassan perasan aku gelisah. Dia hulur rokok daunnya dengan tembakau jawa. Rokok daun pon daun la. Terdesak. Aku balut dan aku hisap. Pak Hassan yang aku kenal bukan jenis yang banyak cakap. Umurnya sudah 53. Lagi 2 tahun nak bersara. Rambutnya sudah jarang. Aku pernah ikut dia di stesen press. Pasang pedal baru pada Cake Braker Conveyor (CBC). Pak Hassan cerita di kilang B, ada orang meninggal pasal terjatuh ke dalam CBC. Kesian lelaki tu. Al-Fatihah. Kerja Pak Hassan bagus. Dia cekap tapi tak banyak bercakap. Dia serius masa bekerja. Orang lama memang macam tu. Old timer. Otai. Bukan otai burger.

Tapi hari itu lain, Pak Hassan bercerita. Saat-saat dia baru masuk kilang 1980-an dulu. Dia masuk sebagai loading man. Dia takde apa-apa sijil. Jalan kaki pergi kerja. Gaji murah. Pak Hassan menangis bulan pertama dia dapat gaji. Tak lepas rm100. Masa tu dia bujang. Pikir nak tolong keluarga lagi. Adik-adiknya masih bersekolah. Makannya lagi. Dulu budak baru masuk kerja kene ragging. Sekarang budaya itu dah takde katanya. Dia tahan semua tu sampai dia naik pangkat sikit-sikit. Sampai dia bole beli motor. Sampai dia kahwin. Beli kereta. Dia pelik orang muda sekarang, motor dibuat berlumba. Tak sayang motor katanya. Barang mudah dapat, sayangnya kurang. Mereka tak tau betapa payah mak ayahnya mencari duit. Kerana mereka belum pernah rasa, berdiri di atas kaki sendiri.

Habis hisap rokok aku keluar. Aku malu. Orang lama kalau buka mulut, memang makan dalam. Terima kasih Pak Hassan.

Thursday, September 4, 2008

Berbuka di Surau

Lepas teman Bibik pegi bazar Ramadhan kat belakang bangunan PKNS, aku cepat2 pakai kain pelikat dan sarungkan kopiah atas kepala. Tumpang moto 125z Raja. Sampai surau baju aku bau 2T wangi. Masa sampai kat surau taman aku, orang2 taman semua dah siap2 duduk kat meja dengan nasi dan lauk yang dah terhidang. Nasi yg disediakan ari ni ngam2. Aku rase kalau datang lagi dalam 5 orang pon, diorang terpaksa makan bubur ngan kurma je. Orang2 taman aku memang bajet untuk orang2 taman ni je.. Orang taman lain makan la kat surau diorang, xpon kat masjid besar.

Lepas mentekedarah secara sopan dan bertatasusila, aku ngan budak2 ni cepat2 asingkan diri. Lepak kat tempat parking motor dan basikal. Hisap rokok yg baru naik harga selepas penguatkuasaan bajet 2009. Aku x salahkan sape2 atas hal ni. Aku cuma salahkan diri sendiri. Sape suh gatal2 start isap rokok mase form 2 dulu. Niatnya nak mencuba. Best plak rokok ni rupanya. Terus tersangkut sampai skang. Siot. Mak bapak hantar pegi sekolah suh cari ilmu.. lain ilmu yg aku cari. Nasib baik bukan ilmu hitam yg aku cari.

Abis rokok aku cepat2 amik air semayang pasal pak imam pon dah nak masuk rakaat kedua dah. Selipar jepun kaler biru aku tinggalkan kat tempat wuduk lelaki. Aku bergegas naik tangga pasal makmum2 baru saja "Aaaamiiinnnn.....". Raja dah pesan lepas maghrib terus gerak. Tak tunggu terawih.

Tengah sujud rakaat kedua, ade pakcik kat saf hadapan terbatuk sambil terkentut. 3 kali plak tu. Bunyinya macam nak tahan2 tapi tak berjaya. Aku cuba tahan gelak dan aku berjaya. Nasib baik. Celake btol.. Aku jamin kalau sorang je gelak, jemaah2 lain pon confirm banyak yg goyang. Silap2 satu surau semayang balik.

Abis solat aku perhati Raja dah xde. Dia dah tunggu kat motor. Hampeh.. blom sempat pak imam bace doa lg. "Doa sendiri2 je kot.." aku meramal. Dengan pantas aku mengangkat punggung dan bergerak pantas mendapatkan Raja. Aku lihat ade sorang pakcik yang baru nak start semayang kat bahagian belakang surau. Mukanya masih basah dengan wuduk. Dia menggosok-gosokkan perutnya sebelum tegak mengadap kiblat untuk takbiratul-ikhram.
X pasal2 aku tersenyum. Mungkin pakcik inilah yg telah mengganggu khusyuk aku sebentar tadi.

Sampai depan pintu umah, Raja tegur. "Joe.. apsal selipar ko dah bertukar kaler?"

"Selipar aku dah xde kat tempat amik air semayang tu.. aku sauk je ar ape yg ade.. Xpe.. esok aku tukar la balik kalau ade.." Aku menjawab seraya yakin x bersalah.

Wednesday, September 3, 2008

Waktu itu..

Waktu terasa semakin pantas berlalu. Waktu seketika dulu yg pernah kita semua kongsi bersama. Waktu itu yg tidak mungkin akan datang kembali. Waktu ini mencampur-adukkan segala jenis perasaan. Teringat waktu kita sama-sama melalui zaman kanak-kanak. Waktu suka dan waktu duka. Waktu ganjil dan waktu pelik. Waktu sepi dan ketika mesra. Waktu mewah dan semasa azab.

Ada cerita yg terus terbungkus & tertanam. Ada kisah yg sering kali dan tak pernah mual diumpilkan kembali. Ada kisah yg diumpil sekali sekala dan bergantung kpd keperluan situasi. Ada kisah yg kita kekal simpan sendiri, kekal sebagai memori yg kadang kala mengganggu lapang. Sekelumit atau banyak, terpaksa kita akui.. waktu itu semua menjelmakan diri kita yg sekarang. Dan kita takkan pernah dapat lari dari kenyataan ini. Waktu itu akan sentiasa berlegar-legar di ruang kenangan setiap watak selagi belum mati atau nyanyuk.

Hidup dalam kenangan bukanlah sesuatu yg sihat tetapi kenangan dan sejarah memperlihatkan kita batas sempadan serta iktibar. Supaya setiap langkah yg diambil tidak diarak bersama kesilapan yg serupa.

Masing-masing sudah beransur-ansur melakukan penghijrahan. Penghijrahan yg tidak dapat dielak selagi normal kerana masa tidak berhenti sekali pon lampu merah. Beransur-ansur dalam erti penilaian individu. Ada yg memilih drastik. Yg pasti tidak ada yg statik. Yg juga pasti kekal berada di situ hanyalah silaturrahim. Jalinan dan hubungan. Tidak patut lupa yg itu. Tetapi tidak kurang yg seakan-akan terus menarik diri. Menghadap paras dugaan jalan hidup masing2. Baru di situ kita dapat lihat, kita ini semua terlalu kecil, halus dan lemah untuk menduga suratan dan ketentuan. Kehidupan ini lebih luas dari yg pernah kita semua jangkakan.

Aduh kawan-kawan.. terima kasih.

Tuesday, September 2, 2008

Bibik


Itu hari aku & gang pegi Terengganu. Kat Besut. Panjat Gunung Tebu. Dari Bangi malam, aku gilir2 bawa kereta ngan Bibik. Memang sengaja aku nak naik kereta ngan dia. Dia banyak membebel, xde la aku ngantok sgt. Sampai Besut pagi, kami sarapan nasi dagang. Kat Lata Belatan, parking kereta, lapor diri kat pos guide bawah tu. Baca doa, kitorang 10 orang memulakan pendakian. On the way nak start pendakian, kami lalu kawasan rekreasi tu, bersih dan sangat terjaga. Ada banyak jgak group yg camping kat tepi2 sungai. Dalam group kami ade 7 orang lelaki dan 3 orang perempuan.

Ration(bekalan makanan) kami kali ni x banyak. Simple2 je. Aku packing2 beg aku sampai separuh penuh, barang dah abis. So aku satukan beg ngan Shah. Aku fikir naik aku bawak, turun die bawak. Aku tak kisah sgt. Nasib baik jgak aku ngan Shah wat camtu, sebab masa tracking, Dila x larat tp kjap je, Shah tolong bawakan beg die. Masing2 dah lama tinggal aktiviti pendakian ni. Separuh pendakian, Bibik plak injured peha. Tp x kisah la, kami pon xde ape nak dikejarkan. Pelan2 je, janji sampai.

Kami dah banyak kali pegi xpdc sama2. Terutama Pacat, Din, Shah, Ajib ngan Bibik. Sorang je perempuan, Bibik. Halus je orangnye. Tengok sekali imbas memang tak nampak. Wahkahkah.. Tapi fit giler. Tahap fit die ni, masa xpdc Korbu Gayung suatu masa dulu, dia sorang je perempuan group kami yg sampai sorang2 kat puncak. Meninggalkan kami yg lain 4-5 jam di belakang. Die bole layan shoot sorang2 dalam hutan. Ganjil pd perkiraan aku, bg seorang perempuan. Ada wayar tercabut kot kat circuit dlm kepala dia. Xpon ade mende yg kite x tau pasal die. Adakah die sebenarnye seekor orang utan?

1 lg yg aku suke gi xpdc dgn Bibik ni adalah kerana masakannye sedap. Kat atas puncak gunung pon, aku rase cam mkn kat kedai mamak. Klu gi mane2 xpdc tanpe die, rase kehilangan yg lain macam, rase sunyi. Pasal die bole membebel sepanjang masa. 24jam sehari, 7 hari seminggu. Bercakap tanpe henti meskipon mende yg langsung tidak perlu disebut malah tidak harus disebut pon disebutnya berulang kali. X m’bebel pon die akan menyanyi. Bagi yg x biase, telinga boleh keluar darah. Rimas. Mungkin pasal tu la masakannye sedap kot, m’bebel sambil m’goreng, tersembur segala jenis perisa tambahan. Tapi tu la Bibik. Sentiasa ceria. Wat lawak bodo. Kalau lawan bertekak dgn die, confirm xleh nak menang. Sekalipon die salah, die akan pusing balik cerita tu sampai kite bole jd salah. Tinggi level bebel die, bukan sebarangan orang bole tahan. Aku ade calon suami paling cocok buat die, orang pekak.

Tapi dlm pd die camtu. Die ni sgt penyayang orangnya. Concern. Masa on the way ke mari, aku tau die ngantok giler tp die x tido pasal nak temankan aku drive. Aku dah lama kenal die tp aku x penah dengar satu cerita yg dah lama aku nak dengar dr die, tp x berani nak tanye. Yg aku dengar, die ni dulu pernah sakit teruk. 50/50 chance utk terus hidup. Itu je yg aku tau. Aku tunggu die sendiri yg buka cerita. Cerita yg lebih terperinci.

Selepas melalui ribut yg agak menyeramkan pada malam itu di camp site, kami turun pd keesokan paginya selepas masing2 melantak 2 pinggan bihun goreng Bibik. Kaki Bibik masih belum pulih sepenuhnya. Aku bawa beg die. Peha die mungkin kene ‘muscle shock’ pasal lame sgt x aktif pasal 4 bulan sebelum ni kami sama2 menjalani latihan industri. Sampai bawah, kami semua mandi sungai, lapor diri, hensem2kan diri dan terus b’gerak pulang.

Cerita Seram

Jalan kecil itu gelap. Muat2 je untuk satu kereta. Hanya kereta kami yang melalui kawasan itu. Kiri kanan adalah hutan tebal. Kami sedang keluar dari sebuah kawasan rekreasi mandi manda. Kami sampai lewat petang tadi di situ. Segala persiapan barbeque telah pun siap kami bawa. Jadi mahu tak mahu, kami perlu memasaknya kerana adalah suatu pembaziran sekiranya kami terus balik selepas bermandi-manda. Kami lambat sampai di situ kerana hal nak mengumpulkan teman2. Sorang dari Gombak, sorang dari Shah Alam, sorang dari Bangi, sorang dari Keramat. Oleh sebab itu kami keluar dari kawasan itu malam. Pada waktu malam, kawasan rekreasi tersebut memang ‘horror’ dan mengundang takut2 berani. Pokok2 besar di sekeliling seakan-akan tak selesa dengan kehadiran kami. Daun2nya berdesir kuat serta melambai-lambai seperti tangan yg menghalau kami apabila ditiup dingin angin malam. Mereka seakan-akan sedang merenung tajam ke arah kami. Gelap gelita. Macam2 bunyi pelik keluar dari hutan. Kami yg elok2 dari tadi ketawa2 terus masing2 mempercepatkan proses mengemas dan mahu segera keluar dari tempat tu.

Jalan keluar ke jalan besar mengambil masa lebih kurang 40 minit kerana jalannya yg kecil dan berlubang-lubang. Masing2 senyap sahaja selepas Fabog menceritakan insiden dia terlihat kelibat putih di seberang sungai ketika kami sibuk mentekedarah makanan. Tingkap kereta kami biarkan terbuka kerana kebanyakkan kami sedang merokok. Sedang kami menghabiskan sisa2 rokok masing2, tiba2 kami dikejutkan dengan jeritan Fabog dan Apes yg duduk di ‘seat’ hadapan. Aku, Muha dan Mong yg duduk di kerusi belakang terperanjat beruk mendengar pekikan kuat yg bersifat serta-merta itu dari pasukan duet di tempat duduk hadapan. Rupa2nya jeritan mereka itu cuma datang dari sehelai daun besar yg jatuh di atas cermin kereta di hadapan Fabog yg ketika itu sedang bersungguh-sungguh memandu. Pantek btol, buang masa je. Badan masing2 macam ala2 keras je tp hampeh..

Itu bukan kisah yg ingin aku persembahkan sebenarnya. Cuma selingan palat. Sejurus selepas insiden daun, dengan tak semena-mena, keluar dari hutan seekor binatang yg tidak kami semua tahu spesisnya. Nasib baik bukan betul2 keluar depan kereta, kalau tidak aku pasti dua orang yg kat depan tu dah menjerit-jerit lagi. Binatang tu kecil je, seakan-akan anak monyet, tapi bukan monyet. Warna bulunya perang. Matanya bulat dan merah. Telinganya macam kucing. Bahagian mukanya cerah putih krimer. Mulut dan hidungnya halus. Binatang itu melintas lorong sempit itu dengan perlahan. Fabog memperlahankan kelajuan kereta lalu terus berhenti. Kami semua tercengang-cengang, tak faham dengan situasi. Kenapa perlu berhenti? Jauh lagi kot menatang tu..

“Wei korang.. aku nak korang semua buang rokok korang. Tutup tingkap cepat2. Aku rasa ada ‘something wrong’ la dengan binatang ni.. Ade yg tak kene.. Cepat tutup!” Fabog bersuara keras, jelas dan tegas.

Fabog yg bangang2 sengal ni jarang serius. Jadi bila dia serius, kami beranggapan yg situasi semasa itu sememangnya dalam keadaan yg teramat tegang. Kami cepat2 tutup tingkap dan dengan pantas Fabog ‘LOCK’ semua bahagian tingkap. Kami semua tak sempat tanya apa2 sebelum… "Frruuuuttt.." jubo Fabog bersuara.

“Pukimak Fabog! Pantek btol!! Bau taik! Busuk nak mampus!!” Serta-merta kereta itu penuh dan sarat dengan aroma longkang, telur tembelang dan lori sampah. Kami semua berebut-rebut nak bukak tingkap tapi tak boleh. Kami semua kelam-kabut keluar kereta bg mendapatkan udara segar. Segala kata carut yg terbuku dan terpendam sekian lama keluar pada masa tu. Binatang tadi dah hilang entah ke mana. Hanya Fabog yg tak keluar kereta dan ketawa sampai meleleh air mata.

Monday, September 1, 2008

Aku risau. Tuhan.. tolong.

Malam ini sama lagi. Sama seperti kebanyakan malam-malam sebelumnya. Tubuh aku ini aku biar tidak berbaju, dimamah dingin embun malam. Termenung. PC itu aku renung sambil cuba menyiapkan kerjaku. Tapi kesudahannya tetap sama. Kerja aku itu tidak siap. Kesudahannya ialah aku akan siapkan kerja ini esok, kerana due datenya adalah esok petang. Fikiranku kebelakangan ini sukar fokus. Sukar untuk diletakkan tumpuanku pada sesuatu kerja sekiranya due datenya belum betul-betul tiba saat genting. Kerana aku lebih rela untuk membiarkan kepalaku menerawang. Melayan bermacam-macam perihal yang melintas-lintas di ruang fikir. Melintas tidak henti-henti. Seperti mustahil untuk aku halang. Dari hal sekecil-kecil hingga yang sebesar-besar. Mungkin hanya besar bagi aku. Mengikut piawaian tersendiri. Haha.. yang itu aku tidak pasti. Yang benar-benar aku pasti ialah perihal-perihal yang melintas itu membebankan. Memberatkan benak. Melarikan fokus. Aku hanyut dengan satu perihal ke perihal yang lain dengan gambaran akhir yang hampir sama. Buntu. Kalau jumpa jalan keluar pun, tiada susulannya. Pelaksanaan. Dari hal berkasih sayang hingga tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai hamba, sebagai anak lelaki sulong, sebagai abang, sebagai kekasih, sebagai kawan, sebagai pelajar, sebagai anak bangsa, tanggungjawab terhadap diri sendiri. Semua hal ini bermula dengan satu soalan yang serupa "Adakah aku sedang lakukan semuanya dengan baik?"

Sejauh mana pon fikiran aku melayang. Aku tak mampu dapatkan tenang. Kadangkala melayang ke tempat yang tidak sepatutnya tetapi tetap aku layankan. Kerana aku khuatir realiti itu masih ada (kalau tidak besar pon)kemungkinan untuk wujud dalam apa yang aku terbayangkan. Imaginasi tidak sengaja.

Aku risaukan kesihatan ayah. Masa aku ada di sana saja sudah berapa kali dia ke hospital. Praktikal. Aku abang yang sulong dan aku masih belum bekerja. Tinggal satu semester. Aku risau tidak sempat. Tuhan tolong aku. Adik-adik di bawahku agak ramai. 8 orang. Hanya seorang yang sudah bekerja. Alhamdulillah tak lama lagi nak kahwin.

Semasa menemankan ayah di hospital, aku masih tak banyak bersembang dengannya. Semasa kecil aku tak pernah jemu bercerita dengan ayah. Aku suka lihat dia ketawa. Aku benar-benar tak sedar bila masanya aku semakin jauh dengan dia. Malah pernah satu ketika, aku benci padanya. Kerana membebankan sekeluarga dengan kerenahnya. Dan sekarang perasaan itu masih ada sisa bakinya. Aku masih degil. Aku mahu dia kenal motifku. Bukan aku mahu dia sesal. Cuma aku mahu dia tahu. Yang aku sayangkan keluarga aku yang dulu. Yang suatu masa dulu dicemburui. Aku mahu dia tebus. Jangan bebankan adik-adikku. Juga aku. Terutama emak yang terlalu aku cintakan. Cuma satu perkara aku sedar. Pemberontakan aku seringkali tak cocok dengan situasi. Tindakan yang menyulitkan kekusutan. Tidak membantu menjernih. Aku sedar tapi tak mampu lafazkan maaf. Maaf yang sesungguhnya. Ego. Aku takut tak sempat. Tuhan tolong. Aku cuma mahu dia tahu. Aku sayangkan dia. Walau macam mane pon, dia masih ayah aku. Yang bersusah payah membesarkan aku dan menjaga keluarga. Satu perkara aku mahu ayah tahu, aku bersusah payah memujuk emak dan adik-adik. Aku kira itu satu cara untuk aku tebus dan aku juga tahu itu masih belum cukup. Dialog yang masih belum dapat aku sediakan ruangnya. Mungkin aku belum sedia. Dan aku khuatir tak sempat. Tuhan tolong.

Mak


Malam ini sejuk. Hujan. Tidak seperti malam-malam kebiasaan. Aku barangkali demam atau pun terlalu lesu. Sekali lagi aku kembali ke Bangi dari Rompin. Duduk bersandar atas kerusi span yang selesa depan PC. Badan aku terasa sengal-sengal. Penat memandu. Alangkah indahnya andai badanku ini dapat diurut-urut dan dipicit-picit oleh sepasang tangan yang halus dan lembut. Entah bagaimana, benak aku melayang lagi. Dalam keadaan seperti ini, adalah teramat mudah untuk fikiran aku melayang. Lebih-lebih lagi lepas makan ubat. Akal aku tidak lagi bersama jasad. Fikiran aku masih di sana.. di kampung halamanku. Terlalu banyak perkara yang dulunya aku nampak kecil, sekarang aku nampak sebagai suatu yang terlalu bermakna dan istimewa.

Pulang cuti kali ini membawa satu lagi kesan lain pada aku. Sepanjang cuti kali ini, aku lebih banyak meluangkan masa bersama emak. Terlalu banyak yang telah dilalui wanita ini. Wanita yang aku sayang seluruhnya. Wanita yang tidak pernah aku ragui keikhlasannya. Dia segala-galanya. Wajah tabahnya yang bersih dan bercahaya, aku lihat semakin banyak garisnya. Mak sudah tidak secergas dulu lagi. Rambutnya semakin jarang. Cara mak memandang pun sudah lain. Pandangannya sudah semakin redup dan sayu. Wajah ketika menyambut aku pulang bercuti dan ketika melambai aku pulang belajar terlalu ketara kelihatan bezanya. Hal yang dari dulu berlaku, tetapi sekarang baru aku sedar adalah bila aku pulang bercuti, akulah yang menentukan menu makanan untuk setiap hari. Sarapan, tengah hari, petang, malam, dan tengah malam. Pagi-pagi lagi semasa dia kejutkan aku subuh, mak dah tanya nak sarapan apa. Dia akan bersungguh-sungguh menyediakannya.

Aku akur dengan jalan hidupku yang ditentukanNya. Daripada Tingkatan 1 aku telah dimasukkan ke asrama. Kemudian matrikulasi. Kemudian universiti. Kebanyakan masa aku dihabiskan di perantauan. Aku jarang dapat peluang luangkan masa dengan mak. Bapak mahu aku belajar. Belajar apa..? Berdikari barangkali. Supaya aku tidak menyusahkan dia satu hari nanti dan menolongnya pula. Jadi berguna.

Berguna pada siapa? Pengguna?

Emak sentiasa curi masanya untuk berborak dengan aku. Emak mahu tau anaknya itu sedang buat apa dan kisah aku di perantauan. Emak mahu tahu apa yang sedang berlegar-legar dalam perancangan masa depan aku. Emak juga bercerita pasal Angah yang pening pasal kenduri kahwinnya yang bakal diadakan hujung tahun ini. Pasal bakal besan Alang yang tidak tahu adat. Pasal Alang, cerita mak bakal besannya dulu ni kahwin di luar negara semasa mereka sama-sama belajar di luar negara dahulu. Terus nikah. Tiada merisik, tiada tunang. Jadi mereka telefon dan menyerahkan soal adat pada mak dan bapak aku. Pelik juga aku. Nenek dan datuknya tak ajar?

Emak juga bercerita tentang harapannya agar aku cepat tamat belajar, berkerja dan memperisterikan Shima. Kenapa emak asyik nak masuk bab tu je? Kadang-kadang aku naik rimas. Masih banyak perkara yang harus aku selesaikan dulu sebelum ke arah itu. Angan-angan aku, bila aku dah kerja nanti, mula-mula sekali aku nak target kereta idaman aku. Suzuki Swift. 6 speaker. Type R. Aku nak yang warna merah. Tak jauh pun angan-angan aku. Itu je. Tetapi bila difikir-fikirkan balik, itulah kegembiraan mak. Lagi pun kahwin pun bukanlah perkara yang tak elok. Menjauhi zina. Sunnah Nabi. Ibadat. Dapat pahala. Cuma aku rasa hal itu macam belum sesuai dibincangkan buat masa sekarang. Lagi pun kahwin banyak sangat pakai duit. Mati la aku. Lambat lagi kot. Entahlah, layankan je la. Mak aku seorang je. Tak ramai.

Emak bercerita pasal ular besar yang masuk menyorok ke dalam rimbunan daun-daun pandan di kebun belakang rumah. Emak bercerita pasal pokok-pokok pisang yang terlalu subur hingga menutup laluan longkang saluran air ke kebun. Emak bercerita pasal pokok besar di sebelah kebun yang tumbang dipanah petir dan menghempap pagar kebun. Emak bercerita pasal bapak yang semakin sibuk dengan syarikatnya yang baru nak menempa nama. Ke sana ke mari mencari projek. Yang terbaru pasal ‘pressure vessel’ sebesar 2 gerabak keretapi. Kebuk ruang haba bagi memasak buah kelapa sawit. Sebut harganya dah lulus. Cuma bapak tengah usahakan lesen CIDB level 3 untuk projek 500riban ke atas. Bapak juga memerlukan pengimpal berlesen untuk kerja ni. Bapak bertuah kerana ada kawan yang sudi menolongnya di JKKP. Mudah bagi bapak dapatkan keperluan dalam prosedur kerja yang tepat dan seterusnya mempercepatkan perjalanan proses memenuhi tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan. Lagi cepat kerja siap, lagi cepat dapat imbuhannya.

Emak juga bercerita pasal ikan-ikan ‘guppy’nya. Emak bercerita cara-caranya menjaga air, makanan dan pembiakannya. Leceh juga rupanya. Anak-anak ikan yang baru keluar dari mulut ibunya harus cepat dialihkan ke bekas lain sebelum dimakan bapaknya. Airnya emak tukar 2 minggu sekali dengan air hujan. Kalau tak hujan, mak gunakan air paip biasa yang telah diperam seminggu. Aku tak faham sangat kenapa kena buat macam tu. Setiap kali balik cuti, aku lihat anak-anak ikan ini membesar dengan sungguh perlahan. Pandai mak kacukkan. Ekor ikan-ikan guppy yang besar dan berwarna-warni ini bergerak beralun-alun menurut ke mana tubuh ikan-ikan itu berenang pergi di dalam balang kaca bulat di ruang tamu rumah aku. Balang kaca di ruang tamu menempatkan ikan guppy yang telah dewasa dan berekor cantik. Baka induk dan yang masih belum matang emak tempatkan di dapur di dalam 2 bekas seramik berasingan.. lebih mudah membiak kata emak. Emak boleh luangkan masa yang lama melihat ikan-ikan itu berenang sampai aku pun terikut-ikut. Tenang betul rasanya melihat ikan-ikan itu berenang dalam balang kaca itu. Mak letak tumbuhan air dan jambatan seramik sederhana besar dalam balang kaca itu. Seakan-akan masuk ke dunia lain. Dunia yang mak sediakan untuk ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu berenang-renang tenang ke bawah jambatan dan kadang-kadang bermain-main mencari makanan di celah-celah batu-batu putih dan dahan-dahan tumbuhan hijau yang memanjang ke atas itu. Emak bercadang untuk mengalihkan balang kaca dan bekas seramik ini ke dalam biliknya semasa majlis walimah adik-adikku nanti. Takut dikacau budak-budak kecil yang nakal katanya.

Adik-adikku dah nak kahwin, tapi aku? Ini semester terakhir insya-Allah. Genap tahun ni aku dapat ijazah. Semoga semuanya berjalan lancar. Aaamin. Aku juga berangan nak belikan emak sebuah akuarium yang besar dan dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan akuatik yang unik dan cantik suatu hari nanti. Siap dengan pam dan 5 bekas penapisnya. Jadi mak dah tak perlu nak susah-susah selalu tukar air. Ikan-ikan emak akan berenang-renang gembira di dalam dunia yang lebih luas dan indah hiasannya. Aku nak emak tersenyum sampai telinga.

Sehari sebelum balik aku tebas semua pokok pandan yang dah macam semak tu. Aku tinggalkan 2 pokok je. Takut juga kalau-kalau ular yang emak cerita tu masih ada. Aku cabut semua pokok-pokok pisang yang tak berkenaan yang menghalang laluan air pada longkang dengan penggali. Aku alihkan sikit-sikit pokok besar yang menghempap pagar kebun dengan gergaji besar dalam stor. Lenguhnya tangan ni Tuhan je la yang tahu. Penat tu memang penat tapi aku tau mak tak larat nak buat semua ni. Aku nak dia rasa selesa. Lepas settle aku lepak makan rambutan sampai kenyang sambil borak dengan mak sampai nak maghrib.