Friday, September 5, 2008

Sungai Katong

"Woi.. cepat la. T'hegeh2 macam penagih." Aku berang dengan Seli yg baru nak m'cangkul cacing kat tandas lama belakang rumah dia. Seli tak mau buat awal2. Kurang segar katanya. Nanti ikan tak naik selera. Ada2 saja la Seli ni. Macam2 petua. Naik rimas aku. Cacing2 itu Seli letakkan dalam tin kosong susu pekat manis f&n dengan tanah2nya sekali. Motor Suzuki RGV hijau aku ni sengaja aku rem2kan. Bagi Seli rimas. Masa tu minyak murah lagi. Seli sandarkan elok2 cangkul pendek yg baru digunakannya itu di bawah sebatang pokok durian belanda sebelum b'lari2 anak ke arah aku bersama-sama tin, beg perkakas ngail dan batang kailnya.

"Pret...prettt..preett.." Aku memecut laju(70km/hr) merentas jalan sambil lincah mengelak lubang2 menuju ke destinasi. Nak dekat pilihanraya nanti confirm jalan ni okey.. bisik hati aku. Kami berhenti di kedai runcit Lan untuk beli sekotak Surya sebelum masuk jalan ladang ke Kg. Rekoh. Julat masa perjalanan keseluruhan adalah dalam lebih kurang 30 minit. Lalu jalan ladang ni yg lemah sikit.. kalau ada kenderaan lain kat depan, tak pun berselisih, lori ke kereta ke motor ke, debu2 jalan merah ni akan b'kepul2 naik ke atas. Langsung tak boleh nak buka mata. Berpasir. Lagi kronik kalau sampai kena berhenti kjap. Ambik nafas dan tunggu jalan clear semula.

Sampai Kg. Rekoh (penempatan orang asli), kami akan jumpa sebuah loji pembentungan(rawatan air kumbahan sebelum dilepaskan ke sungai) sebelum melalui satu jambatan gantung yg muat2 satu motor je lalu. 'Balancing' kena padu beb masa lalu jambatan gantung ni. Kalau tak kena cara boleh tersangkut 'handle' kat jaring2 keselamatan(macam jaring futsal) kat tepi jambatan gantung ni.

Lepas melalui jambatan gantung, ada banyak simpang jalan hutan menuju ke macam2 jenis lubuk. Ada lubuk mancing, lubuk m'jaring, lubuk m'jala, lubuk memikat ayam denak, lubuk menjerat burung wak-wak, puyuh, lubuk jebak burung serindit, merbah, tekukur, lubuk ngebom ikan, lubuk tarik nombor, lubuk menembak rusa, pelanduk, kancil.. macam2 ar.. Paling best lubuk kubang(mandi-mande).. siap ada tali tarzan lagi.

Aku dan Seli mahu pergi pasang jaring dulu sebelum gerak pergi mengail. Tempat menjaring ni orang panggil lubuk merah pasal airnya kelihatan kemerah-merahan. Sampai2 je terus jaring berskala 1/2 inci aku keluarkan dari dalam raga motor. Takde cakap banyak aku ngan Seli terus bukak baju. Bentang jaring kat pokok. Masa kami nak turun masuk air, kami perasan ada seorang brother asli ni tengah usha jaring dia kat 'side' jauh sikit tapi dia naik sampan. Orang asli takpe lagi.. diorang tak kacau jaring orang lain. Orang2 kita ni je yg suka curi ikan kat jaring orang lain. Diorang suka curi ikan yg best2 je. Ikan2 yg tersangkut kat jaring belah bawah macam ikan baung, keli dan jelawat. Yg besar2. Mende wat makan pon diorang bole curi. Bangang btol. Jaring ini hari nak kena ikat batu pasal air dalam. Habis pasang kami naik. Pancit siot main ngan air ni. Biar ikan sangkut dulu. Aku tengok brother asli tu bole tahan mewah. Penuh bahagian depan sampan dia. Lais pon banyak. Banyak yg saiz selipar. Feveret aku tu. Nak je aku mintak 2-3 ekor. Geram je aku nengok dari jauh. Dia pasang 3 tempat sekali. Lain2 saiz lubang. Perghh.. sapu abis mamat ni..wat niaga ke. Xpon anaknya kat umah ada 19 orang.

Lepas pasang jaring kami bergerak ke port mengail. Layan ngail sampai abis cacing. Apa punya petua la Seli ikut. Siap baca2 mentera sebelum baling. Ludah2 skit kat cacing. Tapi haram.. dah la x banyak yg naik. Yg naik pon saiznye ade la lam besar 2 jari. Nak buat pekasam bole la. Takde rezeki barangkali. Balik ni karang confirm kene kutuk ngan mak aku. Tapi takpe, mungkin rezeki kitorang hari ni kat jaring. "Ko punye pasal la ni.. yg ko ludah2 tu buat ape. Dah ikan geli nak makan." Selamba aku salahkan Seli.

Selepas kecewa di medan kail, kami bergegas ke port jaring semula. Hasilnya sama juga. 2-3 ekor je yg melekat. Kami lepaskan yg melekat tu dan putuskan untuk biarkan je jaring ni semalaman. Esok pagi kami akan datang balik.

Naik je atas darat Seli ajak pergi port kubang. Cuaca pon tengah panas. Ditambah lagi dengan air sungai yg tengah dalam. Air plak tengah jernih. "Jom!" Balas aku tanpa banyak soal siasat. Kami berkubang tak lama. Adalah lam lebih kurang sejam. Lg pon, kami 2 orang. Tak cukup korum. Tamat sesi berenang, kami nak pulang. Dah petang ni, nak gi membohjan plak. Ngam2 masa aku pegi kat motor, tiba la lam 3-4 bijik moto lagi. Semua perempuan. "Budak katong 1 ni.." Seli berkata-kata seraya melayur rokok surya yg sedikit kebasahan dengan lighter aladdin. Selesai Seli melayur dan menghidupkannya, aku ambil dan aku hisap lantas terus membuat harta. "Baaaabi." Seli berkata lagi sambil mengambil sebatang lagi surya lain untuk dilayur.

Esok pagi kami sampai Kg. Rekoh. Nak angkat jaring gamaknye. Tak sempat naik jambatan gantung, kami lihat penuh orang kat situ. Dengan anggota bomba & penyelamatnye, dengan orang kampungnye, anggota marin penyelam pon ade. Kami tanya2 kat budak2 situ. Mereka cerita ade 2 orang perempuan lemas petang semalam. Adik-beradik. Adiknye hanyut, kakaknye nak menyelamat. Kesudahannya dua-dua hilang. Orang2 asli situ pon turun membantu dalam usaha mencari. Seram sejuk aku dengar cerita tu. Baru semalam aku ngan Seli jumpa. Kami terus balik.

Dari sumber2 yg diyakini kesahihannya, kedua-dua mayat ini dijumpai 3 hari kemudian. 3 kilometer dari tempat mereka dihanyutkan. Ahli keluarga mangsa siap berkhemah kat situ masa dalam proses mencari. Diorang tu rupa-rupanya adik2 ipar kawan aku. Memang budak katong 1. Al-Fatihah. Sejak dari peristiwa itu, aku tak pergi lagi Sungai Katong. Aku ngan kawan2 sanggup pergi port2 lain yg lebih jauh tapi bukan Sungai Katong.

"Seli.. ape citer jaring kite.." tanya aku.
"Bior je ar.. Rezeki orang asli tu.." jawab Seli.




2 comments:

zizou said...

entah2, kat jaring lu dapat ikan duyung, amacam, terasa rugi x..hahaha

joe_oo7 said...

aku x kisah la dapat ikan ape pon.. janji aku x pegi situ.. fobia beb.