Tuesday, September 9, 2008

Wajah itu. Aku mahu.

Pagi2 masuk keje tengok lori sebesar kontena tengah standby reverse parking kat belakang kedai. Awal2 lagi aku dah tepuk dahi. Aduhh.. masak aku ini hari. Apa pasal x mau hantar sikit2. Ini sekali hantar.. BEDEBAB nah kau! Memang btol2 nak kasi tumbang. Nak jimat kos penghantaran agaknya. Abis tu kos rawatan sakit pinggang aku camne?

Segala jenis stok sampai. Tepung guni, tepung paket, gula paket, sunquick oren dan mangga, susu tin marigold, dairy champ, f&n, kicap, laici tin, sirap, jagung tin, biskut dlm tin, jagung halus, jagung kasar, sardin, dedak ayam, dedak arnab, bawang besar, bwg kecik, bwg putih, kentang semua sampai. Stor yg kosong sebelum ni, dah jadi padat. Sampai ke bumbung aku susun ngan Sapiq. Mamat driver lori ni pon tolong skali. Sampai dah tak cukup palette dah stor ni. Sampai kene susun atas lantai. Tadi pagi lori ni sampai, tengah hari nak masuk petang baru siap punggah. Kerja giler. Fuuhhh... Lepak belakang stor jap. Bawah pokok besar. B'lenggeng. Amik angin. Kasi peluh kering jap. Aduhh.. rokok plak xde. Kering je peluh aku ngan Sapiq sarung baju. Bergegas ke gerai Wak kat sebelah D'Mart ni.. Belanje mamat driver lori tadi makan tengah hari ngan rokok Dunhill 14. Orang berbudi kite berbahase, ye x..

Abis makan aku masuk kedai. Sapiq terus amik port lepak kat kaunter ngan Lela. Syok port tu, ade kipas besar tapi muat2 sorang je. Jadi tukang masuk barang dlm plastik. Siot.. pantas btol Sapiq ni. Aku terus xde mood nak buat keje dah. Aku rasa macam bakti aku untuk D'Mart ini hari dah cukup banyak. Aku nak rilek je sampai pukul 6 petang kang. Tibe2 aku teringat kat sorang awek cun yg aku nampak lalu depan kedai kelmarin. Lela cakap awek tu baru kerja kat kedai belakang. Tempat Man keje. Kedai hardware. Ini kalau aku kacau awek ni best gak ni.. mane tau ade rezeki.. hihi.. Nak tunggu awek tu kacau aku memang harapan la kan..

"Lela.. bagi aku Dunhill 14 tu satu.. special price tau.." Aku berdiri depan kaunter sambil menyisir rambutku yg b'karat dengan jari-jemariku di hadapan cermin kabinet rokok.
"Guna jari pon bolehh.." jawab Lela sambil mencampakkan Dunhill 14 aku.
"Main kasar nampak..Aku gi kedai belakang jap.. nak jumpe Man" kata aku
selepas merasakan diri dah cukup hensem.
"Nak jumpe Man ke.. nak jumpe sorang lagi tu.." Lela bagi buah pedih.
"Isk kau ni.. pandai2 je. Pasal gosip nombor satu.." aku segera blah sebelum Lela
membebel. Die tau aku nak mengular. Bos besar xde ini hari.

Aku masuk kedai cari Man. Man ade kat stor belakang. Tengah check list barang masuk. "Lepak dlu Man, isap rokok" sapa aku seraya menghulurkannya kotak rokokku.

"Pengaruh rakan sebaya." Jawab Man seraya pantas merentap kotak rokokku.

"Wei Man.. awek cun tu mane?" aku lantas bertanya seraya menyedut dalam2 rokok yg baru saje aku nyalakan. Aku x mau buang masa. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

"Ces.. aku dah agak dah. Ko datang sini bukan nak cari aku. Siot je, rasuah aku ngan rokok. Politik wang btol la ko ni.." buah pedih Man plak.
"..ade kat sebelah rak sane tu..tengah susun barang.." sambung Man.

Aku bingkas bangun. Aku nampak dia tengah duduk cangkung atas bangku. Ayunya die ni. Jelita. Muslimah sejati. Gadis melayu terakhir. Sejuk mata memandang. Itu baru dari tepi. Belum dari depan lagi. Dia sedang asyik menyusun barang dan meletakkan tanda harga. Aku sandarkan tangan aku pada rak dan berdiri atas satu kaki. Satu lagi kaki aku silangkan. Bagi aku, itulah posisi macho paling kacak yg mampu aku persembahkan. Aku harap die x terkejut dengan ketampanan aku.

"Assalamualaikum." Aku lontarkan dia satu suara jantan paling lunak dari lubuk hati yg paling dalam. Aku saje test. Bukan ikhlas pon bagi salam. Nak tengok respond die jek sebenarnye.

"Waalaikummussalam. Awak nak apa? Kalau tak ada apa, saya banyak kerja ni." Suara si dia keras. Dia jawab sambil sikit pun tak tengok aku. Sikit pun x kalih. Ape die bute ke ape.. Aku skit punye hensem die bole wat x tau..
Ini btol2 mencabar kelelakian aku. Ape kau ingat kau sudah cukup cun. Memang cun pon.. tu pasal la aku kacau. Aku merapatkan diri.

"Kalau takde pape.. Saye harap awak boleh pergi tempat lain. Saye tak tahan bau rokok awak tu.." suara keras si dia keluar lagi.

Aduhh.. sial. Aku bole lupa plak. Aku terus terkedu. Tak tau nak cakap apa. Malu pun ada. Pelan2 aku atur susuk badan aku ke belakang dan pelan2 jgak aku melangkah pergi dengan muka yg layu dan terasa kebas. Rase cam baru lepas kena lempang backhand. Celake punye Dunhill!

Dah lama aku tak buat keje giler ni. Makan tahun dah aku tak tegur perempuan. 'Heartbroken' punye kes. Ahhh.. itu cerita lain. Tapi yg ini lain sikit. Aku mesti kacau minah ni. By hook or by crook. Aku mesti cuba di lain hari. Aku xnak menyesal kerana x mencuba. Aku tak tahu pasal apa tapi gerak hati dan degup jantung aku seperti sedang meronta untuk memberitahu aku sesuatu. Sesuatu yg terpenting. Secara jujurnya..dari kelmarin lagi, aku dah x senang duduk sedari saat aku terlihat wajahnya.

Wajahnya ini seperti pernah aku jumpa.. tapi di mana ya? Aku x perlu masa yg panjang untuk 'recall'. Memang dia. Wajah si dia inilah yang pernah muncul dalam mimpi aku. Mimpi seperti itu pernah singgah dalam lena aku beberapa kali sebelum ini.
Mimpi itu datang dari masa depan. Di dalam mimpi ini, wajah si dia ini putih bercahaya. Cahaya terang benderang yg timbul dari wajahnya memberi nyaman yg tidak terhingga pada jiwa. Dia sedang melayan aku di sebuah taman yg rapi dan semulajadi landskapnya. Cuacanya redup. Langitnya biru. Angin dingin bergerak sangat perlahan lagi mententeramkan. Dia sedang duduk bersama-sama aku di atas dua buah kerusi dengan satu meja kecil bulat berwarna putih di hadapan. Lengkap dengan halus seni ukiran. Ada satu pokok besar yg rendang di belakang kami bersama rimbun2 pohon renek dengan bunga2 yg sedang mekar dan harum mewangi. Setiap lenggok gerak-geri si dia, setiap kerling pancar matanya, setiap kerdip alis matanya yg lentik, dan dari putih seri yg lahir dari wajahnya, penuh dengan rasa cinta yg melenyapkan waspada. Setiap kali mimpi itu datang, aku akan terjaga dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga. Suasana nyaman dari dalam mimpi itu terbawa-bawa ke alam sedar. Mimpi itu benar2 terkesan pada aku. Kerana ianya seakan-akan nyata dan wujud. Puas aku berfikir, wujudkah wajah seperti itu? Dan kelmarin aku jumpa wajah itu di alam nyata. Adakah ini yg dikatakan orang deja vu?

"Ape cer? Ade respond..? Layu je muke.. Mat jiwa2 yg kecewa. Kah kah kah.." Man ketawakan aku.

"Salah 'timing' la Man. Dia tengah datang bulan kot.." aku terus balik D'Mart.


3 comments:

zizou said...

biar betol joe, siap2 ader dlm mimpi lu lg...ini mmg sah jodoh lu ni, ader sambungan x citer nic

joe_oo7 said...

tengok ar.. klu ade mood..

Unknown said...

Patutla power