Friday, September 5, 2008

Pak Hassan

Buang batu. Ini rutin penting bagi setiap boilerman di kilang sawit ini untuk mengelakkan terbentuknya blanket bara fiber dan nut yang telah terbakar. Blanket ini akan mengganggu aliran angin yang melambung bahan bakar. Blanket ini akan dipecahkan terlebih dahulu sebelum ditarik keluar melalui pintu boiler. Masa buang batu, peluh jangan cakap la, macam air kencing, menitik-nitik . Baju boleh perah. Bukan semua jenis boiler perlu ikut prosedur ini. Boiler kilang lain ada yang buang batu seminggu sekali. Itu pun pakai Bobkat.

Di kilang ini, buang batu 4 jam proses/ sekali. Manual. Patut la orang boiler kilang ni sasa-sasa semuanya. Dalam satu shift normal, kami akan buang batu pada pertukaran shift pukul 8 pagi dan 12.00 tengah hari. Ada 2 boiler, yang 40000 lb stim/hour ada 3 pintu dan yang 20000 ada 2 pintu. Selesai semua pintu, 1 liter air confirm habis setiap sorang.

Lepas buang batu, aku biasa lepak kat stesen workshop seberang stesen boiler. Bilik penyelianya ada kipas dan boleh baring tapi tak bole tidur pasal bising orang bengkel buat kerja. Ada 1 hari aku lepak situ, nak hisap rokok tapi rokok takde. Masa tu orang-orang bengkel ada, diorang pon baru lepas siap overhaul mangkuk worm screw pada mesin press. Bau masing-masing macam taik kering. Minyak sawit yang telah sangat lama terbiar dalam bahagian mesin memang tengik. Menusuk kalbu.

Pak Hassan perasan aku gelisah. Dia hulur rokok daunnya dengan tembakau jawa. Rokok daun pon daun la. Terdesak. Aku balut dan aku hisap. Pak Hassan yang aku kenal bukan jenis yang banyak cakap. Umurnya sudah 53. Lagi 2 tahun nak bersara. Rambutnya sudah jarang. Aku pernah ikut dia di stesen press. Pasang pedal baru pada Cake Braker Conveyor (CBC). Pak Hassan cerita di kilang B, ada orang meninggal pasal terjatuh ke dalam CBC. Kesian lelaki tu. Al-Fatihah. Kerja Pak Hassan bagus. Dia cekap tapi tak banyak bercakap. Dia serius masa bekerja. Orang lama memang macam tu. Old timer. Otai. Bukan otai burger.

Tapi hari itu lain, Pak Hassan bercerita. Saat-saat dia baru masuk kilang 1980-an dulu. Dia masuk sebagai loading man. Dia takde apa-apa sijil. Jalan kaki pergi kerja. Gaji murah. Pak Hassan menangis bulan pertama dia dapat gaji. Tak lepas rm100. Masa tu dia bujang. Pikir nak tolong keluarga lagi. Adik-adiknya masih bersekolah. Makannya lagi. Dulu budak baru masuk kerja kene ragging. Sekarang budaya itu dah takde katanya. Dia tahan semua tu sampai dia naik pangkat sikit-sikit. Sampai dia bole beli motor. Sampai dia kahwin. Beli kereta. Dia pelik orang muda sekarang, motor dibuat berlumba. Tak sayang motor katanya. Barang mudah dapat, sayangnya kurang. Mereka tak tau betapa payah mak ayahnya mencari duit. Kerana mereka belum pernah rasa, berdiri di atas kaki sendiri.

Habis hisap rokok aku keluar. Aku malu. Orang lama kalau buka mulut, memang makan dalam. Terima kasih Pak Hassan.

No comments: