30 JULAI 2008.
Pukul 2.46 petang.
Aku sedang mengadap report yang harus aku hantar petang ini sebelum pukul 5.00 petang. Perut aku memulas-mulas. Masuk angin barangkali. Aduh pening.. Nada dering Power Rangers berdengit.
SMS : AZIMA> Dah hantar report ke darling?
ARIEF> Blom la syg.. Jap lg la.
Pukul 2.58 petang.
SMS : AZIMA> ok..ayg nak tidur jap.
Aku fikir biarlah dia tidur. Aku suka dengar dia sedang berehat. Break-time dia la tu. Aku harap dia dah makan, dah solat. Aku sambung mengadap PC. Kerja belum siap lagi. Tapi perut sedang berkeroncong lagu ghazal.
Pukul 4.00 petang.
Panas sungguh hari ini. Jalan sesak dengan kenderaan. Panasnya sehingga jalan raya kelihatan berasap-asap. Aku di Kolej Kejuruteraan. Nak hantar report. Terserempak dengan Encik Ahmad Kamal Kadir(Instructor Lab. aku) ketika sedang mengusha report orang lain di depan pejabatnya. Celaka betul. Ngam2 dia buka pintu, aku sedang usha report Lucas.
DIALOG : EN. KAMAL> Hah.! Ape tengok-tengok ' orang lain punya'..
ARIEF> Hahaha..Saya tak tengok ' orang lain punya' Encik.. Hehe
Encik Kamal.. Saya nak hantar report saya ni..
EN. KAMAL> Kamu letak kat situ..
Pukul 4.22 petang.
Aku call Shah. Ajak dia teman aku makan. Kami makan rojak sotong kat gerai mamak dengan air kelapa betul-betul kat tepi jalan. Dahi aku basah dengan peluh. Aku jarang cari nasi waktu siang. Bajet la kononnya.Rokok bole pulak tak bajet.
DIALOG : SHAH> Gi Gunung Tebu Joe..? Ni trip rahsia ni Joe. Aku, kau, Ajib je
yang tau. Kite pegi senyap-senyap.. Budak-budak ni nak pergi
Gunung Buah lepas tau trip Gunung Datuk tak jadi. Kite
3 orang buat macam merajuk tak nak pegi mane-mane..
Alih2 lepas diorang balik, dah ade gambar kite kat
Gunung Tebu.. Cun tak Joe..?
ARIEF@JOE> Mende ni berat aku nak wat keputusan la Shah. Aku pikir
mende-mende ni dah habis. Aku dah last sem. Kau paham-paham
je la
nak keje. Aku tak tau dalam keadaan skang ni, adakah aku masih
boleh, sediakan ruang kepada diri aku, ruang untuk minat aku..? Ntah
la Shah..
SHAH> Joe..joe.. Aku betol2 tak pakse kau. Aku paham kedudukan
kau. Tapi Joe.. best skit kalau kau ade. Hehe.. Bila lagi Joe..?
Lepas ni kau nak keje dah.. nak berumah-tangga. Tak tau dah lepas ni
kau ke mane, aku ke mane...
ARIEF> Jiwang gilerrr... Geli aku.. Jom ar gerak..! Aku nak balik..
Pukul 5.32 petang.
SMS : ARIEF> Ayg marah abg ke..?
AZIMA> Nk mrh knp plk nie darling?
ARIEF> Ayg senyap je..
AZIMA> La, ayg tkt ganggu abg nk bt report..
nie.. klu xsiap
ARIEF> Abg ok. Sori abg sibuk skit. Harap sgt ayg x pikir bukan2.
Aygg.. Ayg da ok kaki tu.. Bole dtg sini..?
AZIMA> Ye darling.. Sape yg pikir bukan2 ni sbnrnya. Alhamdulillah,
mkn pulih.. Kenape?abg takut ayg x dapat datang ke? Atau abg
sibuk time tue?
Pukul 8.37 malam.
SMS : KAKLANG> Along.. :) Terime kasih bawak k'lang beli barang2
semalam. Jg Azima baik2 tau long. huhu. .Syg along.
Cafe universiti ini memang hari-hari ramai orang kecuali bila studentsnya cuti. Sebab masakannya sedap, harganya berpatutan dan selain daripada tempat yang strategik, peniaga-peniaga di sini juga pandai mengambil hati pelanggan.
DIALOG : ARIEF> Shah.. Aku pikir2.. aku ikut lah kau Jumaat ni.
SHAH> Cun la Joe.. HaHa.. Terime kasih la Joe.. Hahahah..
ARIEF> Kita cipte sebanyak mungkin kenangan bersame
rakan-rakan semase kita remaje. Semoge bile kite masing-masing
dah jauh nanti.. kite takde sesal.
SHAH> Nasib baik aku bukan perempuan laaa..
Kalau tak dah lame aku cair. Wahhhkahkahkah!!!! Ape pon..
Kau memang cun la Joe.
Pukul 10.25 malam.
SMS : AZIMA> Mane abg ni.. Abg sbk ke, xpela abg buat la keje abg..kite
sambung lain kali je..
Pukul 11.00 malam.
Ca'ah datang bilik aku,sembang-sembang. Dia mau tahu bila aku mahu ke Parkson lagi. Mujur aku part-time kat situ, kerana kalau part-time tempat lain, masanya tidak fleksibel. Aku tak bole suke-suke hati nak cuti. Ini tidak, baru 1 hari tak datang, nanti diorang masing-masing tarik muke. Cakap bile perlu je. Langsung tak pandang muke.
Suasana kerja suram semacam je. Semua nak marah-marah. Suara tak nak rendah dah. Akan terlalu banyak keluar suara-suara sinis. Sekejap-sekejap jeling kite. Kalau tak tahan memang rase macam nak baling pisau.
Pukul 12.00 tengah malam.
Aku tepuk-tepuk tilam dengan bantal . Kendurkan kain cadar. Getah cadar ini sudah longgar. Permukaan cadar biru ini bergoyang-goyang seperti ombak laut apabila dipukul angin kipas bilik aku.
31 JULAI 2008
Pukul 4.23 pagi.
Aku sedang tidur. Bahang sungguh pagi ini. Badan aku berasa melekit. Hingga tidur aku pun tak dapat lena sangat. Dalam gelap aku tersedar. Perlahan-lahan aku
SMS : AZIMA> Sesibuk mane pun abg, ayg mntk 1 je.. Jgn lupekan ayg!
ARIEF> Astafirrullah. Sayang tolong janji dengan abg. Jgn sekali kali
ayg pikir macam tu lagi.. Abg tak mungkin. Abg umpama
musafir di tengah
bintang2nya. Ayg menjadi penanda arah hidup abg. Tanpa ayg,
abg sesat. Ayang segalanya buat abg. Ayg lah teman, juga
sahabat, juga kekasih, juga harapan.. Sebagai pendamping abg..
siang dan malam.. terang dan gelap.. dunia dan akhirat. Tanpa
ayg, abg kosong.. tak berjiwa.
AZIMA> Ayg janji.
Aku tidur semula.
Pukul 6.38 pagi.
"Go Go Power Rangers!!! "
SMS : AZIMA> Darling.. Bangun solat subuh.
No comments:
Post a Comment