Wednesday, September 3, 2008

Waktu itu..

Waktu terasa semakin pantas berlalu. Waktu seketika dulu yg pernah kita semua kongsi bersama. Waktu itu yg tidak mungkin akan datang kembali. Waktu ini mencampur-adukkan segala jenis perasaan. Teringat waktu kita sama-sama melalui zaman kanak-kanak. Waktu suka dan waktu duka. Waktu ganjil dan waktu pelik. Waktu sepi dan ketika mesra. Waktu mewah dan semasa azab.

Ada cerita yg terus terbungkus & tertanam. Ada kisah yg sering kali dan tak pernah mual diumpilkan kembali. Ada kisah yg diumpil sekali sekala dan bergantung kpd keperluan situasi. Ada kisah yg kita kekal simpan sendiri, kekal sebagai memori yg kadang kala mengganggu lapang. Sekelumit atau banyak, terpaksa kita akui.. waktu itu semua menjelmakan diri kita yg sekarang. Dan kita takkan pernah dapat lari dari kenyataan ini. Waktu itu akan sentiasa berlegar-legar di ruang kenangan setiap watak selagi belum mati atau nyanyuk.

Hidup dalam kenangan bukanlah sesuatu yg sihat tetapi kenangan dan sejarah memperlihatkan kita batas sempadan serta iktibar. Supaya setiap langkah yg diambil tidak diarak bersama kesilapan yg serupa.

Masing-masing sudah beransur-ansur melakukan penghijrahan. Penghijrahan yg tidak dapat dielak selagi normal kerana masa tidak berhenti sekali pon lampu merah. Beransur-ansur dalam erti penilaian individu. Ada yg memilih drastik. Yg pasti tidak ada yg statik. Yg juga pasti kekal berada di situ hanyalah silaturrahim. Jalinan dan hubungan. Tidak patut lupa yg itu. Tetapi tidak kurang yg seakan-akan terus menarik diri. Menghadap paras dugaan jalan hidup masing2. Baru di situ kita dapat lihat, kita ini semua terlalu kecil, halus dan lemah untuk menduga suratan dan ketentuan. Kehidupan ini lebih luas dari yg pernah kita semua jangkakan.

Aduh kawan-kawan.. terima kasih.

2 comments:

zizou said...

selamat datang ke dunia bloggers...
haha

joe_oo7 said...

terime kaseh daun keladi..
sampai mase bertemu lagi.